Share this blog


Mutiara Kata



Sabtu, April 10, 2010

Bagaimana untuk mengukur kekuatan dan kelemahan dollar ?

Jika anda memasuki pasaran stok,pasti akan mencari index seperti Dow Jones Industrial Average dan NASDAQ Composit Index,Russll 2000,S&P 500, Wilshire 5000, dan Nimbus 2001,Jika pasaran stok U.S mempunyai index bagimana pula dengan forex (U.S Dollar Index) ,U.S Dollar Index mempunyai geometrik yang tetap dengan Forex,kerana kesemua matawang di ikat dengan U.S Dollar sebgai matawang utama

Di antara matawang yang mempengaruhi nilai USDX ialah :
  1. Euro (EUR)
  2. Yen (JPY)
  3. Cable (GBP)
  4. Loonie (CAD)
  5. Kronas (SEK)
  6. Francs (CHF)
Terdapat 1 persoalan,jika index tersebut mempunyai 6 matawang,berapa banyak negara yang akan terlibat dengan pertukaran matawang US Dollar ?

Jika anda menjawab 6,jawapan anda salah,kerana terdapat 17 negara sebenarnya,dimana terdapat 12 negara tambahan dalam Kesatuan Eropah.Di tambah pula dengan negara seperti Jepun, Great Britain, Canada, Sweden dan Switzerland.Agak memeranjatkan apabila ke 17 negara ini sahaja,akan memberi kesan kepada pengukuhan dan kelemahan Dollar melalui USDX di peringkat penukaran matawang,dan juga ekonomi di US


Komponent USDX
Sekarang kita tahu terdapat berberapa negara yang akan memberi impak kepada pengukuhan kepada dollar,setiap negara mempunyai nilai peratusan atas penukaran matawang negara tersebut kepada Dollar.

Dari carta yang dapat anda lihat di atas,dari 12 negara,kesatuan eropah mempunyai nilai peratusan yang tertinggi dalam memberi kesan keatas nilai matawang dollar,dalam pada itu hanya 5 negara sahaja yang memberi kesan 45 % .

Agak menarik disini apabila jika matawang EURO jatuh kemanakah halatuju USDX ?,kadang kala ada setengah mengatakan USDX ialah "Anti-Euro Index" kerana diatas EUR/USD

Melihat dan membaca carta USDX
Rajah di bawah ialah nilai USDX:

Untuk makluman,index di kira 24 jam and 7 sehari seminggu.USDX di kira dalam nilai relative sebanyak = 100.00

Sebagai contoh : Jika nilai USDX mengatakan 86.212.Ini bermaksud nilai matawang dollar telah jatuh sebanyak 13.788% dari nilai index (86.212 - 100.000).Manakala jika bacaan menunjukkan 120.650,ini bermaksud nilai matawang dollar telah meningkat kepada 20.650% (120.650 – 100.00).

Index USD pertamakali di rekodkan pada March 1973,ini kerana negara-negara yang membangun pada masa itu telah bersetuju matawang mereka "diikat" dengan nilai US dollar sebagai penukaran matawang utama.Permulaan index ini juga di kenali sebagai “Base Period"

Lihat pesidangan Brentoon Woods

Formula untuk mengira USDX ialah :
USDX = 50.14348112 × EURUSD^(-0.576) × USDJPY^(0.136) × GBPUSD^(-0.119) × USDCAD^(0.091) × USDSEK^(0.042) × USDCHF^(0.036)

Nilai US Dollar Index

Ada juga jenis lain dari indeks dollar digunakan oleh Federal Reserve. Hal ini disebut "nilai timbal perdagangan indeks Dollar AS".

"Federal Reserve" ingin mencipta sebuah indeks yang lebih tepat mencerminkan nilai Dollar terhadap mata wang asing berdasarkan bagaimana komoditi US kompetitif berbanding dengan matawang negara-negara lain.Perbezaan utama antara USDX dan "nilai timbal perdagangan indeks Dollar AS " perdagangan antara mata wang yang digunakan dan nilai relatif untuk USD.

Setiap nilai usd akan di kira dan di buat berdasarkan pada data perdagangan tahunan.
Nilai USD dengan negara-negara component

Nilai peratusan negara dengan US Dollar Index:
Euro = 17,191
Kanada = 15,550
Jepun = 9,220
Mexico = 9,826
China = 16,269
United Kingdom = 4,500
Taiwan = 2,436
Korea = 3,520
Singapura = 2,057
Hong Kong = 1,838
Malaysia = 2,124
Brazil = 1,987
Switzerland = 1,404
Thailand = 1,435
Filipina = 0,713
Australia = 1,189
Indonesia = 0,961
India = 1,417
Israel = 1,056
Saudi Arabia = 0,818
Russia = 1,152
Sweden = 1,025
Argentina = 0,485
Venezuela = 0,486
Chile = 0,841
Colombia = 0,499
Jumlah = 100

* Nilai ini di rekodkan pada 17 Jun 2008

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai indeks kadar pertukaran Dollar AS, sila lihat "Indeks Matawang Asing Undian Dollar"
Untuk indeks yang luas boleh didapati di http://www.federalreserve.gov/releases/H10/Weights
Jika anda ingin melihat data sejarah, semak http://www.federalreserve.gov/releases/h10/Summary/


Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan