Share this blog


Mutiara Kata



Sabtu, April 17, 2010

Internet,Komputer dan sosial

Apa itu Internet ?

Ianya bermula dengan singkatan WWW (World wide Web),manakala webmaster pula ialah pembina atau penyelenggara dalam penciptaan satu-satu laman web dengan bahasa pengaturcaraan di namakan HTML(Hyper Teks Markup Languange).

Di dunia masyarakat kini terdapat pelbagai kegunaan membina laman web,salah satu daripadanya,dapat memberikan info dan maklumat kepada masyarakat khursusnya global.Di lihat jauh,teknologi pengkomputeraan telah maju ke hadapan dengan cepat dan pantas sekali,dalam masa kurang dari 1 dekad sahaja pelbagai pembangunan komputer telah dapat kita lihat sekarang,sebagai contoh : pengunaan meluas ke atas peranti USB,Cakera Keras (Hard Drive),silicon chip,optical fiber (jalur lebar) dan juga internet protokol versi 4 ke versi 6.

Internet jika di lihat lebih jauh,fungsi-fungsi yang terdapat pada masa sekrang akan mencerminkan fungsi internet di masa hadapan.Dengan kadar pelaburan dan portfolio keuntungan yang tinggi,kebarangkalian adalah tinggi untuk setiap rumah di malaysia atau negara lain khursusnya akan mempunyai sekurang-kurangnya capaian internet jalur lebar.

Jika di imbas semula pada tahun 1990-an,elektronik perbankan,elektornik kerajaan dan portal,masih belum wujud lagi pada ketika itu.Teknologi yang paling meluas ketika itu ialah elektronik mail atau E-mail.Manakala pembangunan laman web pula satu pembaharuan pada masa itu.Kembali kepada masa sekarang,pelbagai individu mampu membina laman web yang ringkas dengan menggunakan pelbagai aplikasi untuk membangunkan laman web tersebut.Pada masa kini pengguna boleh mecipta laman web dengan online tools,seperti blogspot atau wordpress.



Zaman telah merubah segalanya,zaman kini boleh di katakan satu zaman informasi,zaman di mana pengguna dengan mudah mendapatkan ilmu yang ilmiah daripada internet dengan kapasiti perpustakaan yang besar dan luas dalam pelbagai versi bahasa.

"Youtube,Blogspot,Wordpress,Wikipedia,Google,Friendster,Myspace,Facebook,Hotmail,Yahoo,Liberty Reserve,E-bay,E-gold,Paypal" dan pelbagai lagi produk-produk dan portal laman web yang muncul di dalam fikiran penguna internet pada hari ini.Internet maju pada hari ini kerana pengguna,dan pengguna pula simbol keuntungan jangkamasa panjang daripada syarikat-syarikat dalam dan luar negara.

Internet bukan satu sifat,tetapi teknologi yang tinggi di mana manusia boleh menjimatkan masa dalam mendapatkan maklumat dengan pantas,berkomunikasi jarak jauh,video hiburan,berdagang den sebagainya dengan hanya berberapa petikan jari di papan kekunci komputer.

Internet merupakan satu kuasa yang hebat,dan tanpa satu entiti yang dinamakan laman web (WWW),internet mungkin tidak akan berkembang seperti yang ada sekarang.Sumber internet datang dari manusia,dan manusia jua yang mampu mencipta yang baik atau yang buruk dari internet itu juga.Teknologi hanyalah alat bantuan dan pengunaannya di atas niat manusia itu sendiri..

Persoalannya ? adakah dengan munculnya teknologi komunikasi tinggi seperti internet,sosial masyakarat yang kita lihat sekarang akan menjadi lebih baik.Jika benar,internet merupakan alat hipnosis yang paling terbesar selepas televisyen,yang mampu mengubah daya kehidupan seseorang.bukan hanya dengan ilmu malah dari segi penampilan dan kehidupan sosial..


Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan