Share this blog


Mutiara Kata



Sabtu, November 06, 2010

Cara menukarkan MS-Word dan Document lain kepada PDF

Bagaimana untuk menukarkan fail MS-Word dan Document lain kepada PDF

Terdapat banyak perisian di internet menyediakan perhidmatan,untuk menukarkan Document kepada fail yang berbentuk PDF.Kenapa mesti PDF dan kenapa bukan MS-word,Excel atau ODF sendiri,apakah kelebihan dan kepentingan fail PDF??
  • Mudah di buka di mana-mana sahaja kerana format yang universal
  • Read-only Document tidak akan cacat atau rosak akibat serangan virus (virus lama)
  • Pemampatan fail yang tinggi dan sederhana
  • Menjimatkan Kertas ??
Di sini kami akan menunjukkan cara yang paling mudah untuk menukarkan Fail pejabat biasa kepada fail PDF
  • Langkah Pertama sekali anda perlu muat-turun doPDF (laman web : http://www.dopdf.com )
  • Langkah Kedua setelah habis "install" doPDF,buka document yang anda ingin tukarkan kepada format PDF
  • Tekan "print" dan ambil printer "doPDF"
  • Pilih "Browse" di manakah anda ingin menyimpan fail tersebut dan tekan print.
  • Jikan tulisan tersebut menggunakan unicode seperti bahasa arab,tamil atau cina,anda perlu tandakan "Embed Fonts"
  • Dan akhir sekali operasi cara menukarkan fail pejabat biasa kepada PDF format selesai..
Untuk melihat fail PDF,anda tidak memerlukan Adobe Reader,kerana aplikasi tersebut terlalu berat dan menambahkan bebanan kepada Komputer yang tidak mempunyai keupayaan yang tinggi.Kami menyarankan Foxit Reader untuk di jadikan sebagai PDF reader,dan ianya percuma.


Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan