Masalah tersebut selalunya disebabkan jangkitan "malware","adware","spyware" atau "trojan".Ini kerana teknologi internet telah jauh berkembang pesat dan pelbagai kerenah atau masalah yang selalu di hadapi oleh pengguna komputer selepas komputer mereka di jangkiti oleh kaum-kaum spyware tersebut.Spyware dan sekutunya,selalunya datangnya dari laman-laman web yang mempunyai "malicous code" untuk membuat prosess "installation" ketas komputer pengguna ,tanpa pengguna sedari.
Masalah yang selalu timbul selepas anda membuang spyware tersebut ialah : Mengapa komputer saya mempunyai aksess ke rangkaian (network),akan tetapi komputer saya tidak dapat melayari internet ? Mengapa ini berlaku,spyware telah saya buang ?
Ini di rujuk sebagai masalah kepada "LSP - Layer Service Provider",dan LSP ini akan berkait rapat dalam TCP/IP layer protokol,andai kata anda ingin menggunakan TCP/IP v6,anda perlu mempunyai TCP/IP v4 jika hendak menggunakan TCP/IP v6,tanpa TCP/IP v4,TCP/IP v6 tidak dapat mengambil "setup layer","settings" dan "mapping network ip" dari TCP/IP v4 tadi.
Begitu juga dengan LSP,LSP wujud dalam TCP/IP v4,cuma ianya tidak kelihatan di dalam konfigurasi "Local Area Network" (bagi pengguna windows xp).
Oleh kerana itu,jika komputer anda telah di serang spyware dan sekutunya,anda wajib meng"reset" semula LSP,LSP tidak boleh di reset melalui antaramuka "Local Area Network",ianya perlu di reset melaui "registry".
Oleh kerana untuk meng"reset" LSP terletak di dalam "registry",adalah terlalu berisiko jika anda mengusik setup LSP di dalam registry secara manual.Terdapat cara-cara tertentu untuk membaiki semula LSP yang telah di setkan oleh spyware.Di bawah ini saya akan menerangkan 2 langkah bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Langkah 1
Start menu > Run > cmd.exe
di dalam "cmd" atau kekotak hitam tersebut taip set arahan seperti berikut :
NETSH WINSOCK RESET
<"tekan enter">
NETSH WINSOCK RESET CATALOG
<"tekan enter">
NETSH INTERFACE IP RESET C:\RESETTCPIP.TXT
<"tekan enter">
NETSH INTERFACE RESET ALL
<"tekan enter">
NETSH PUSHD
<"tekan enter">
NETSH NAP RESET
<"tekan enter">
NETSH FIREWALL RESET
<"tekan enter">
NETSH ROUTING RESET
<"tekan enter">
IPCONFIG /flushdns
<"tekan enter">
IPCONFIG /release
<"tekan enter">
IPCONFIG /renew
<"tekan enter">
IPCONFIG /registerdns
<"tekan enter">
proxycfg -d
<"tekan enter">
exit
<"tekan enter">
Langkah 2
Restart komputer anda,dan set semula IP dan DNS komputer anda,jika anda menggunakan proxy.anda perlu setup semua proxy anda.
Ini adalah cara-cara manual bagaimana untuk men"reset" semula LSP dalam bagi protokol rangkaian,jika internet masih tidak dapat di aksess,besar kemungkinan anda perlu membuang "driver" network anda dan reinstall semula,kerana terdapat kebangkaian juga,terdapat fail-fail TCP/IP yang telah hilang atau rosak.Cara ini telah saya gunakan pada Sistem Windows XP,Server 2003,Vista dan juga Windows 7.
Jika anda merasa sukar untuk menggunakan set arahan di atas,saya telah membina satu perisan yang ringkas untuk men"reset" LSP dan TCP/IP anda.
Muat-turun NETFIX di sini
Di harapkan dengan tutorial yang tidak seberapa ini,dapat membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah dalam konfigurasi rangkaian.jangan lupa untuk memeriksa kabel network dan juga switch sambungan rangkaian.Di masa akan datang saya akan menerangkan engan lebih lanjut apa itu "spyware and rouge software"




0 comments:
Post a Comment