Share this blog


Mutiara Kata



Isnin, Mac 31, 2025

Salam Aidilfitri,Salam Kosong-Kosong



Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Ketika tangan tak mampu berjabat,

Kaki tak dapat melangkah,

Hanya hati yang mampu berbisik,

Mohon maaf atas segala kesalahan.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun jauh beribu batu,

Tapi ingatan tetap selalu,

Kukirim ucapan pengganti diriku,

Agar Aidilfitri indah buatmu.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Jumaat, Mac 21, 2025

Ulang tahun genap 10 tahun pembangunan perisian MyParadoxTech

Sedar tak sedar,dah 10 tahun usia pembangunan perisian ini.

Teringat dulu pendrive customer selalu terkena jangkitan virus.Lps tu pulak dengan adware/spyware yg macam-macam melekat dekat Internet Explorer.

Ada jugak kes pc/laptop dgn masalah internet slow,dgn nk tweak boost bagi laju,sekapal dengan Windows2 sekali nk bagi boosting.

Satu input yg menarik apabila konsep tu di terjemahkan ke dalam bentuk software.Ianya berlaku hampir 18 tahun yang lepas sebenarnya.on alias developer "Ingrid Software" 2005-2008.

Cuma ianya di rasmikan kemudian atas nama developer ParadoxTech di tahun 2014,dan Paradoxtech bertukar nama ke MyParadoxTech di tahun 2019/2020.

Adakah ianya masih relevan? Ya,ianya bergantung bagaimana kita menggunakannya pada hari ini.

 







Rabu, Mac 19, 2025

MyParadoxTech : Anti-virus detect as false positives

Our statement regarding our software being detected as a virus/trojan

MyParadoxTech software is sometimes flagged as a potential threat by antivirus software, but these are usually false positives, meaning that it is not actually malicious.

This is because the utility can reveal sensitive information, which some antivirus programs misinterpret as malicious activity.

So far, it has often been detected as "Trojan:Win32/Wacatac.B!ml

SAM software detected as Trojan:Win32/Wacatac.B!ml

The installation software is also detected as "Program:Win32/Wacapew.C!ml" this is also one of the false positives

If Windows Defender detects "Trojan:Win32/Wacatac.B!ml", it is likely a false positive related to machine learning, but it is important to take action to keep your system safe.

"Trojan:Win32/Wacatac.B!ml":
This is a type of trojan malware, meaning it pretends to be legitimate software but can be used to compromise your system.

Wacatac Trojan:
This malware can steal sensitive information, such as logins, passwords, and financial details, and cause significant damage.

The !ml suffix:
"!ml" indicates that the detection is likely based on machine learning, which can sometimes lead to false positives.

This false positive issue has been going on for several years now, and we have tried our best to rebuild the coding and refactor it, so that AV does not detect any malicious code or activity in our software.

However, this misunderstanding issue must be clarified, so that it does not affect the reputation of our software products.

For that, we would like to clarify here, that our software is safe and free from malicious activity. If any of our software is detected as a virus or trojan. Please reach us at e.zainaza [at] gmail.com or send those file at https://www.virustotal.com

Jumaat, Februari 14, 2025

New an Upgraded Tools and System

Alhamdulilah dalam seminggu dua ini, dikurniakan ilmu tambahan untuk upgrade alatan@tools sistem komputer untuk kegunaan sendiri dan staff untuk membaik pulih perisian komputer pelangan.

Ini kerana kali terakhir sistem ini di tambah baik pada tahun 2020. Kini ,setelah menggunakan perisian daripada pihak ke 3 ventoy dan kod asal "grub-loader",maka terhasil versi terbaru alatan konsep "Windows XPE" atau live CD sebelum ini.

Lagipun sistem yang lama ,banyak tertumpu pada MBR dan legacy file system.Cuma dengan sistem baru ini UEFI dan legacy sistem dapat di gunakan sepenuhnya.

Walaupun Sistem telah beralih lebih moden ,tools dan utility yang lama masih di kekalkan ,ini kerana sistem ini banyak di gunakan pelbagai jenis untuk "troubleshoot" dan membaiki komputer tersebut.


Alhamdulillah in this two weeks, I was blessed with additional knowledge to upgrade computer system tools for personal use and staff to repair customer computer software. 

This is because the last time this system was improved was in 2020. Now, after using software from a 3rd party, ventoy, and the original code of "grub-loader", the latest version of the "Windows XPE" or live CD concept tool was produced.

After all, the old system focused a lot on the MBR and legacy file system. Only with this new system can UEFI and legacy systems be fully used. 

Although the system has become more modern, the old tools and utilities are still maintained, this is because this system is widely used in various ways to troubleshoot and repair the computer.

 

The old version

The New version with Text Mode

The New version with Graphic Mode I

The New version with Graphic Mode II

The New version with Graphic Mode III

The Old version with Windows XPE

The Old version with Windows XPE

Test-up SAM on Windows XPE

Rabu, Januari 01, 2025

Jumaat, Oktober 04, 2024

ChromeBook Acer N17Q8 (2015)

Cuba-cuba Chromebook keluaran tahun 2015.

Internet memang kena tarik kuat gila-gila punya.

Tapi setakat kerja menaip dengan browsing internet tu ok la.Paling penting sekali perlu dapatkan latest update ChromeOS.

Sesungguhnya racun itu benar,hahaha.

Shahril mencuba ChromeBook di tahun 2024 berjenama Acer N17Q8

 

Spec :

  • Intel Celeron N3450 1.10GHz
  • 4GB RAM
  • Storage 32GB eMMC
  • Screen 11.6"
  • Chrome OS

Khamis, Ogos 22, 2024

Ulang Tahun Birthday di 2024

Terima kasih buat keluarga, sahabat handai dan kenalan rakan di media sosial.

Terima kasih di atas doa dan ucapan hari lahir, untuk diri shahril yang semakin lama semakin berusia 🥺 semoga Allah memberikan rahmat yang terbaik untuk sesama kita semua.

Semoga diri sentiasa mendapat perlindungan adripada Allah,dan maafkan saya jika ada terkasar bahasa,serta salah dan silap dalam perhubungan samada kenalan di media sosial dan sahabat handai.

Terima kasih semua 😁

Terima kasih kepada ahli kelurga & adik ipar yang meraikan ulang tahun hari lahir shahril 😁

Sabtu, Januari 13, 2024

Tujuh Keajaiban Dunia Purba & Baharu

Suatu ketika dahulu,di laman web shahril di geocities.Shahril ada menulis content mengenai "7 Keajaiban Dunia" dan artikel yang menakjubkan daripada arkelogi ketamadunan manusia

Tidak dapat dinafikan untuk shahril mencari semua artikel tersebut banyak yang telah hilang di telan masa.Kewujudan WayBack memudahkan shahril untuk mendapatkan semula sumber tersebut.

Kredit "7 Keajaiban Dunia Purba" daripada http://variasari.cjb.net yang telah hilang di telan masa,dan juga selaku rakan web-link suatu ketika dahulu.

Isnin, Januari 01, 2024

Happy New Year 2024

Selamat Tahun Baru 2024

Mohon maaf salah dan silap sepanjang tahun 2023.

May the next 365 days be filled with love, laughter, and good times.Happy New Year!


Jumaat, November 17, 2023

Rokok dan vape

Entah mengapa tiba-tiba boleh terjumpa fail-fail dalam PC terjumpa berberapa gambar device vape shahril dulu.Ini minta shahril buatkan satu post blog pasal vape la ni.

Untuk pengetahuan semua,semasa shahril menulis blog pasal vape ini,shahril telah berjaya bebas daripada ketagihan nikotin setelah bertahun-tahun berjuang mental/fizikal untuk berhenti merokok dan vape.Syukur pada tahun 2019-2020 shahril berjaya berhenti vape.9 Bulan masa shahril vaping,manakala hampir 18 tahun shahril menjadi perokok tegar.Kesemuanya berakhir pada tahun 2020

The Story Begin

Terpengaruh dengan Rokok

Shahril terpengaruh dengan merokok semasa di usia 19 atau 20 tahun,erti kata lain.Terpengaruh dengan rokok selepas sekolah menengah dan telah memasuki ke alam pekerjaan.shahril terpengaruh daripada salah seorang ahli keluarga yang jauh,Mula-mula cuba-cuba sahaja,lama kelamaan dah sekali terkena,terus tersangkut.

Rokok pertama yang di beli pada ketika tu Dunhill 10 Batang sekotak,harga tak silap pada waktu tu RM 3.50,tak lama kemudian kerajaan malaysia meletakan syarat pada pengeluar rokok untuk jualan rokok paling minimum ialah 20 Batang sekotak,serta penjualan rokok sebatang by sebatang tidak di benarkan sama sekali.Jika tertangkap pembeli atau penjual,ada boleh di tangkap dan di dakwa.

Vape

Fast foward shahril pendekkan cerita,shahril terpengaruh dengan vape di tahun 2019.Ini kerana sebelum ini shahril tak boleh menerima vape ,ini kerana vapornya yang tebal dan tidak selesa pada dada.Oleh itu shahril tidak melayan vape sehingga diperkenalkan NCIG pada tahun 2019 oleh seorang kawan.

Dengan itu juga,shahril meletakan azam untuk mengantikan rokok dengan vape.Erti kata lain,jika shahril melayan vape,maka rokok shahril akan tinggalkan.Ini kerana shahril juga memang berniat untuk berhenti merokok.Maka di hari shahril melayan vape,pada hari itu juga shahril berhenti merokok dan adaptasi rokok sepenuhnya pada vape,dan vape pada waktu itu hanya sebagai untuk nikotine sahaja.
 
NPOD untuk NCIG,5% Strength bermaksud 5.0mg jika flavour vape biasa Salt-Nic

DTL dan MTL

Ok untuk bab ini sangat menarik,ini kerana pada waktu itu shahril tidak mengetahui secara langsung apa perbezaan antara MTL dan DTL.Maka istilahnya :
  • MTL = Mouth to Lung
  • DTL = Direct to Lung
Mouth to Lung seperti vape untuk perokok atau gantian bagi rokok.Flavour atau jenis cecair vape yang di gunakan biasanya SALT-NIC (Salt Nicotine).

Manakala DTL pula ialah Direct To Lung,yang ini memang jenis vapor yang berkepul-kepul,cecair vape yang di gunakan biasanya regular vapor.
 
Shahril pada waktu ini hanya vapeing MTL sahaja,sebab untuk mendaptkan sensasi perokok tembakau biasa.

DTL (Direct to Lung)

  • DTL ni merupakan satu kaedah menyedut vape yang terawal dulu dari zaman awal-awal Vape mula memasuki pasaran.
  • Analogimudah, ibarat menghisap shisha, dimana penghisap perlu menyedut asap terus ke paru-paru seperti kaedah yang digunakan ketika menghisap shisha.
  • Kebiasaannya setting OCC menggunakan sub-ohm dengan occ 0.6 be bawah bagi bukaan yang luas oleh device ketika menyedut. Lagi rendah bacaan Ohm, maka lagi luas bukaan untuk menyedut.
  • Bagi penggemar DTL, mereka akan mencari device yang mempunyai bukaan 'airflow' yang luas bagi memenuhi sensasi DTL.

MTL (Mouth to lung)

  • Ini kaedah yang biasa digunakan bagi pod-pod dengan kuasa watt yang rendah.
  • Analogimudah difahami, cara menyedutnya adalah seperti menghisap rokok, dimanaanda perlu menghisap vape ke dalam mulut terlebih dahulu sebelum menariknya ke dalam paru-paru.
  • MTL merupakan pilihan utama bagi perokok yang ingin berhenti merokok. Sensasi yang diberikan oleh MTL adalah sama dengan rokok.
  • Biasanya bukaan 'airflow' bagi MTL adalah lebih kecil dan sempit, bagi OCC, kebiasaanyya penggemar MTL akan memilih OCC dengan 1.0 ohm dan ke ata

Sumber : https://facebook.com/MrVaporMalaysiaRetail/photos/a.119653546113602/487495369329416

Khamis, November 09, 2023

Apakah itu SSD & HDD ?

Perbezaan antara SSD dan HDD ? 

Asalamulaikum & salam sejahtera,untuk kali ini shahril akan terus menerangkan apakah itu SSD dan perbezaannya dengan HDD

Akronim maksud SSD dan HDD

  • SSD : "Solid State Drive"
  • HDD : "Hard Disk Drive"

Perbezaan yang paling ketara ialan antara kelajuan dan jangkahayat Ramai yang tidak tahu SSD atau Memori Disk Drive ini mempunyai jangkahayat.

Teknologi NAND,awalnya boleh di lihat semasa "Thumb Drive","Flash drive" atau "Pen drive" di perkenalkan,oh ya tidak lupa jugak pada flash nano seperti SDCard atau M2 Sony

SSD dan Flash Drive 


Rajah "Samsung SSD 840 EVO SATA III 2.5 inch 120 GB SSD"

Rajah "Thumb Drive","Flash drive" atau "Pen drive"

Pada ketika ini storan yang terawal mempunyai kapasiti 512Mb dan kemudian terus berevolusi kepada storan kapasiti yang lebih besar ,serta teknologi antaramuka yg lebih laju diperkenalkan seperti daripada USB1.0 > 2.0 > 3.0 > 3.1 dan lebih besar bandwith input/ouput data di masa akan datang. 

 

  Contoh NAND Chip

NAND Chip dalam Flash Drive

NAND Chipset

Kemudian Teknologi NAND di aplikasikan ke bentuk Solid State Drive untuk pertama kalinya.Dan sudah tentu faktor jangkahayat untuk NAND chip drive,akan di naik taraf. SSD menggunakan memori flash berasaskan NAND, sejenis memori yang tidak mudah berubah atau nama mudahnya memory jenis ‘non-volatile’ (NVM). 

Dengan ini, data yang disimpan akan kekal dalam memory walaupun disk telah dimatikan. Inilah sebab kenapa SSD lebih laju daripada HDD dan kurang menggunakan tenaga.Akan tetapi SSD mempunyai satu kitaraan yang dikenali sebagai "TBW" atau istilahnya "TerraByte Written". 

Kiraan TBW ini boleh di lihat pada spefikasi SSD tersebut,Semasa pembuatan SSD on factory ,nilai TBW ialah penuh 100%.

Apabila SSD di ON atau di gunakan,nilai TBW ni sedikit demi sedikit akan berkekurangan sehingga nilai 0%.Akan tetapi indikator ini boleh di lihat di software seperti HDD Sentinel atau CystalDisk Info

Tips Memilih SSD

Dalam proses untuk memilih SSD ,tidak dapat di nafikan terdapat pelbagai jenama dan model yang memberikan specifikasi yang berbeza.

Untuk mendapat SSD yang tahan lama terketak pada DRAM Controller pada SSD tersebut.Kesimpulan yang mudah,apabila SSD mempunyai DRAM controller yang bagus,kemungkinan TBW atau jangka hayat SSD tersebut boleh bertahan lama dalam proses kekerapan I/O pada SSD tersebut.

Contoh bagiamana Controller DRAM yang beroperasi dalam menguruskan Data dalam NAND Flash

Table data daripada Huawei mengenai perbandingan antara DRAM less dan DRAM SSD

Apakah itu Hard-Disk ?


Gambar dalaman Mekanikal Hard Disk dan jugak SSD yang menggunakan NAND Flash Chipset

HDD ataupun Hard Disk Drive ialah teknologi yang telah lama dikenalkan oleh IBM semenjak 60 tahun yang lalu. HDD ini menggunakan teknologi magnetism untuk menulis,membaca dan menyimpan data.Secara mekanikalnya,ianya mempunyai "rotating platter" atau disc yang berpusing diatasnya. 

Rotating platter ini berpusing dengan sangat laju dan terdapat satu "Head reader" di atas disc."Head reader" inilah yang bantu HDD untuk membaca dan menulis data.

Performance HDD ini bergantung kepada kelajuan pusingan platter tersebut.Lebih laju pusingan, lebih bagus HDD tersebut dalam untuk membaca dan menulis data pada cakera magnetik.Purata pusingan HDD adalah 5700 RPM sehingga 7200 RPM

Rumusannya..

Oleh itu yang manakah terbaik ? Bergantung kepada untuk kegunaan semasa.

Unutk menggunakan aplikasi yang pantas dan boleh kemas kini semasa tanpa melibatkan risiko data semasa ,Shahril mengalakkkan menggunakan SSD.

Banyak di gunakan dalam sistem pengoperasian windows ,software-software produktiviti dan data-data kerja yang sementara.

Akan tetapi jika data storan yang di simpan besar dan untuk penyimpanan untuk satu jangkmasa yang panjang,Hard Disk mekanikal sesuai di gunakan.

Banyak di gunakan dalam penyimpananan data untuk jangmasa masa panjang seperti video,gambar ,rekod-rekod lama dan material yang penting yang hanya sekadar untuk penyimpanan sahaja.

Untuk daripada segi harga dan mobiliti, SSD lebih mahal dan kurang risko rosak jika terjatuh,SSD akan berisiko KO apabila berlaku short circuit yang membolehkan ianya Total Lost.Kurang menggunakan kuasa elektrik kerana menggunkaan chip.

Manakala untuk , HDD pula,murah sedikit dan berisko rosak jika terjatuh,kelamahan nya ianya lambat berbanding dengan SSD dan lebih perlukan perhatian untuk proses instalasi perkakasan.Lebih sikit menggunakan kuasa elektrik kerana menggunakan motor elektrik.

Currency Exchange Rates MYR dan USD

Baru-baru ini netizen malaysia rajin info kan pasal kenaikan nilai USD pada matawang Ringgit.

Nak di katakan berpunca daripada poltik tidak juga,sebab faktor kenaikan harga atau penurunan "rate" banyak memberikan faktor dan impak yang berbeza-beza,berdasarkan situasi

Oleh kerana itu,baru-baru ini dengan rajin nya juga shahril berjaya jumpa sebuah app web yang boleh letak HTML widget dalam blog atau apa-apa platform ,asalkan boleh support dalam bentuk HTML.Last-last aku terus letak canitk-cantik layout,customize & susunan mengikut kawasan semua,supaya mudah utk kawan-kawan aku tgk perbezaan harga nilai tukaran ringgit dengan negara-sekitar yang lain.

Korang boleh la bukak laman web ni  > http://myfxlabs.blogspot.com/p/rates_99.html

Gambar di bawah ni hanyalah screenshot sahaja daripada laman web tu :-)



Dengan ada table currency ni,mudah.Lagi pon rates ini akan update setiap 15 minit Spot Market.Artikel atau page ini akan di letak kan di Blog FXTraderLabs.Ini kerana kesesuaian dengan aplikasi table currency market ini di web blog tersebut.