Entah mengapa tiba-tiba boleh terjumpa fail-fail dalam PC terjumpa berberapa gambar device vape shahril dulu.Ini minta shahril buatkan satu post blog pasal vape la ni.
Untuk pengetahuan semua,semasa shahril menulis blog pasal vape ini,shahril telah berjaya bebas daripada ketagihan nikotin setelah bertahun-tahun berjuang mental/fizikal untuk berhenti merokok dan vape.Syukur pada tahun 2019-2020 shahril berjaya berhenti vape.9 Bulan masa shahril vaping,manakala hampir 18 tahun shahril menjadi perokok tegar.Kesemuanya berakhir pada tahun 2020
The Story Begin
Terpengaruh dengan Rokok
Shahril terpengaruh dengan merokok semasa di usia 19 atau 20 tahun,erti kata lain.Terpengaruh dengan rokok selepas sekolah menengah dan telah memasuki ke alam pekerjaan.shahril terpengaruh daripada salah seorang ahli keluarga yang jauh,Mula-mula cuba-cuba sahaja,lama kelamaan dah sekali terkena,terus tersangkut.
Rokok pertama yang di beli pada ketika tu Dunhill 10 Batang sekotak,harga tak silap pada waktu tu RM 3.50,tak lama kemudian kerajaan malaysia meletakan syarat pada pengeluar rokok untuk jualan rokok paling minimum ialah 20 Batang sekotak,serta penjualan rokok sebatang by sebatang tidak di benarkan sama sekali.Jika tertangkap pembeli atau penjual,ada boleh di tangkap dan di dakwa.
Vape
Fast foward shahril pendekkan cerita,shahril terpengaruh dengan vape di tahun 2019.Ini kerana sebelum ini shahril tak boleh menerima vape ,ini kerana vapornya yang tebal dan tidak selesa pada dada.Oleh itu shahril tidak melayan vape sehingga diperkenalkan NCIG pada tahun 2019 oleh seorang kawan.
Dengan itu juga,shahril meletakan azam untuk mengantikan rokok dengan vape.Erti kata lain,jika shahril melayan vape,maka rokok shahril akan tinggalkan.Ini kerana shahril juga memang berniat untuk berhenti merokok.Maka di hari shahril melayan vape,pada hari itu juga shahril berhenti merokok dan adaptasi rokok sepenuhnya pada vape,dan vape pada waktu itu hanya sebagai untuk nikotine sahaja.
NPOD untuk NCIG,5% Strength bermaksud 5.0mg jika flavour vape biasa Salt-Nic
DTL dan MTL
Ok untuk bab ini sangat menarik,ini kerana pada waktu itu shahril tidak mengetahui secara langsung apa perbezaan antara MTL dan DTL.Maka istilahnya :
- MTL = Mouth to Lung
- DTL = Direct to Lung
Mouth to Lung seperti vape untuk perokok atau gantian bagi rokok.Flavour atau jenis cecair vape yang di gunakan biasanya SALT-NIC (
Salt Nicotine).
Manakala DTL pula ialah Direct To Lung,yang ini memang jenis vapor yang berkepul-kepul,cecair vape yang di gunakan biasanya regular vapor.
Shahril pada waktu ini hanya vapeing MTL sahaja,sebab untuk mendaptkan sensasi perokok tembakau biasa.
DTL (Direct to Lung)
- DTL ni merupakan satu kaedah menyedut vape yang terawal dulu dari zaman awal-awal Vape mula memasuki pasaran.
- Analogimudah, ibarat menghisap shisha, dimana penghisap perlu menyedut asap terus ke paru-paru seperti kaedah yang digunakan ketika menghisap shisha.
- Kebiasaannya setting OCC menggunakan sub-ohm dengan occ 0.6 be bawah bagi bukaan yang luas oleh device ketika menyedut. Lagi rendah bacaan Ohm, maka lagi luas bukaan untuk menyedut.
- Bagi penggemar DTL, mereka akan mencari device yang mempunyai bukaan 'airflow' yang luas bagi memenuhi sensasi DTL.
MTL (Mouth to lung)
- Ini kaedah yang biasa digunakan bagi pod-pod dengan kuasa watt yang rendah.
- Analogimudah difahami, cara menyedutnya adalah seperti menghisap rokok, dimanaanda perlu menghisap vape ke dalam mulut terlebih dahulu sebelum menariknya ke dalam paru-paru.
- MTL merupakan pilihan utama bagi perokok yang ingin berhenti merokok. Sensasi yang diberikan oleh MTL adalah sama dengan rokok.
- Biasanya bukaan 'airflow' bagi MTL adalah lebih kecil dan sempit, bagi OCC, kebiasaanyya penggemar MTL akan memilih OCC dengan 1.0 ohm dan ke ata
Sumber : https://facebook.com/MrVaporMalaysiaRetail/photos/a.119653546113602/487495369329416