Share this blog


Mutiara Kata



Mukadimah

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.


Salam sejahtera kepada para pelawat yang melawat laman web ini.

Maaf,terdapat sesetangah bahasa & fasa ,serta singkatan yang di gunakan dalam laman web ini hanya untuk singkatan bahasa yang memudahkan,erti kata lain terdapat bahasa pasar yang mungkin wujud di laman web ini
Khamis, Febuary 2, 2023

Cerita pasal 2xseries

Terlalu banyak yang shahril ingin tuliskan di hadapan mukadimah ini,benda yang 1st sekali yang shahril ingin tulis pasal http://2xseries.cjb.net yang telah lama offline,sejak sekian lama.Apakah telah terjadi kepada portal yang offline tu ?

Boleh la pergi ke laman web blog http://2xseries.blogspot.com utk mengetahui apakah yang telah berlaku semenjak CJB.NET hilang drpd radar internet sedunia.

Isnin, June 30, 2009

Ada sesuatu yang menarik dan benda baru

Shahril tidak menyangka,telah 3 tahun berlalu,dan banyak perubahan yang telah berlaku dalam 3 tahun ini,Shahril update laman web Shahril ini adalah kerana ingin membuat pembaharuan simple dan effective..

3 tahun yang berlalu memberikan Shahril banyak pengajaran.Di antara teknologi, perhubungan social dan situasi.semuanya berubah seperti berlaku dalam setahun.Cuma sedar dan tidak sedar sudah 3 tahun laman web Shahril ini tidak pernah berupdate..huhu bila Shahril melihat semula laman web shahril,Shahril sedar.semua perisian yang Shahril bina dan utilities yang di gunakan,telah "outdated" kerana pada masa itu hanya windows 98/ME sahaja yang berfungsi.Kini windows XP,Vista dan Windows 7 pula akan kita semua lalui dalam dunia yang semakin canggih dan moden. Terdapat banyak teknologi yang Shahril pelajari dan yang telah Shahril lalui,oleh kerana sibuk berkerja,Shahril hampir tiada masa untuk mengemaskini kan laman web personal shahril.

Dalam 2 tahun sahaja,Shahril telah mempelajari sesuatu yang baru,iaitu "Forex trading" (2007) ,mungkin bagi sesetengah orang ianya pelik,tidak pernah di dengari,dan ada juga yang mangatakan ianya pelaburan yang berisiko.Tidak dapat Shahril nafikan,berdagang matawang merupakan risiko yang tinggi berbending dengan pelaburan yang lain,akan tetapi dalam masa Shahril menghilangkan diri selama 3 tahun tersebut,Shahril banyak belajar mengenai ekonomi dunia dan semasa serta teknologi pengkomputeran.

Shahril akan memuatkan teknologi yang terkini dalam bab pengkomputeran dalam laman web Shahril ,tetapi mengenai forex pula,Shahril akan meletakkannya di dalam laman web blogger Shahril http://malaytrader83.blogspot.com | http://aril83.blogspot.com

Dalam pada itu,Shahril baru terperassan ,banyak database dalam laman web Shahril telah hilang dalam hosting.Shahril tidak tahu mengapa,tetapi ianya hilang,dan apabila database tersebut hilang.jejak-jejak yang pengunjung yang penah melawat laman web Shahril pun hilang sebegitu sahaja.huhu Oleh itu,Shahril telah membuat langkah drastik dengan membetulkan database yang lama,mengoptimumkan penggunan HTML dan juga Javascript dalam laman web shahril83

Selasa, February 26, 2008

Dukacita ,halaman shahril83.cjb.net lupus dan di gantikan dengan http://shahril.2ya.com

Khamis, April 19, 2007

WebTemplates yang baharu

Bersyukur,kerana sekarang ini Shahril dah tukar "web template" yang lebih baik,dan lebih bagus dan di sini juga Shahril hendak selitkan sedikit artikel yang Shahril buat pada tahun 1998 dan ianya telah di jumpai semula ,serta dalam proses kehilangan dan dalam pencarian semula maklumat artikel tersebut jadi setakat ini apa yang berjaya Shahril jumpa akan Shahril letakan dalam laman web Shahril ini.

Berita baru : Shahril kini dalam proses untuk memperbetulkan semula bahasa atas teguran berberapa pihak.Jika anda merasakan terdapat bahasa yang kasar atau pasar serta yang boleh menyakitkan hati anda Shahril ingin meminta maaf jika terkasar bahasa seperti berikut.

Shahril sekarang ini tengah belajar membina perisian dengan menggunakan Vb6,sebarang pertukaran maklumat dalam penggunaan VB6 amat Shahril hargai.

MyExplorer6 (Beta) menjelajah sekali lagi..

MyExplorer 6

Hurm sekarang ini,MyExplorer telah bertukar nama kepada MyExplorer6,ianya di berikan nafas baru semula dalam pembinaan pelayar internet yang berbahasa melayu dan memudahkan pengguna melayari internet dengan memberikan berberapa-berapa fungsi baru yang lebih efektif,selamat dan laju.

Seperti sedia maklum,sebelum ini Shahril telah mengeluarkan MyExplorer dan mendapat pelbagai komen mengenainya,serta yang pasti komen yang Shahril terima pasti bermasalah pada MyExplorer tersebut.

Kini,MyExplorer6 di bina.Dimana MyExplorer lama sudah tidak boleh di bangunkan lagi,kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ianya tidak boleh di bangunkan,jadi Shahril mengambil tekad untuk membina semula pelayar baru dengan berlandaskan pengalaman daripada MyExplorer.

Selain itu,Shahril juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MyExplorer6 Team yang telah membantu serta memberikan pelbagai maklumat dari segi dalam kod VB6,AntaraMuka dan sebagainya..

Oleh itu,jika anda ingin mendapatkan MyExplorer6,pastikan komputer anda memenuhi sekurang-kurangnya tahap minimum bagi menggunakan MyExplorer6..


Gambar MyExplorer6 yang bakal Shahril keluarkan tidak lama lagi
Baca Dokumentasi MyExplorer6 dan sebelumnya MyExplorer5

Rabu, January 24, 2007

Regen XP ? What happend

Tweak Windows 98 : RegenXP

Hehe,Regen XP pula Shahril telah berjaya menjalankan berberapa ujikaji untuk memberikan sistem komputer dengan lebih stabil dengan memperbetulkan berberapa koding fail instalasi dan icon resource dalam fail "Dynamic Library Link",di samping itu juga berberapa modifikasi telah di buat pada fail kernel32.dll Windows98 untuk membuatkan ianya lebih stabil dan jitu.dan hampir terlupa kesemua update daripada microsoft juga telah di masukkan sekalai dalam RegenXP untuk Versi Kedua ini.

WarAgain Ra2 Mods

Red Alert 2 : War Again

Nampaknya Ra2 Waragain kena di tangguhkan atas sebab nak mencari bug dan penambahan unit baru dalam ke dalam mod Ra2 WarAgain,shahril janji dalam WarAgain ini mesti panas serangan seperti C&C General Zero Hour.

Sabtu, September 9, 2006 ~ Selasa ,Disember 11, 2007

Melalui Data Wayback yang melibatkan
http://shahril83.cjb.net dan http://users.cjb.net/shahril83
Maaf dengan segala hormatnya laman web shahril83 telah di tutup.Laman web shahril83 tidak akan di buka atas sebab hosting dan lain-lain atas sebab personal peribadi.Oleh itu shahril yang sebagai webmaster laman web ini mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada shahril samaada dari segi komen yang baik atau yang tidak baik input yang baik atau pun kritikan...

Terima kasih semua .....

Notis penutupan laman web shahril83
Pelik laman web shahril83 telah tutup ,tetapi bagaimana web-mukadimah ini sehingga ke tahun 2007 ke atas ?

Jawapannya : Daripada segi sejarah benar, shahril ada menutup laman shahril83,pada masa itu atas faktor kekangan web-hosting dan domain.Di kemudianya pula di bantu oleh Fadz. jadi Fadz kongsikan hosting dan domain pada shahril di http://kreko.org

Bukti shahril83 satu-satunya hosting di kreko.org di tahun 2006~2007.
Permasalahan hosting di http://users.cjb.net/shahril83 juga menjadi issue pada ketika itu.

Sabtu, April 29, 2006

Thank You,Thank You..

Hari ini Shahril nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada member lama Shahril yang telah memberikan sedikit ruangan hosting daripada kreko.org , Well Fadz thanks for your help i"m really appreciated.
  • Laman web shahril sekarang ini dah stabil dan ianya di hostkan di bawah kreko.org,Thank you Fadz (lee)
  • Shahril dah tukar ke web hosting lain ,jadi sekarang ini semua tempat pun boleh di buka sebab dah tukar ke port 80
  • Red Alert War Again akan siap dan akan keluar final release jika ada patch dan perlu nanti shahril akan buat
  • Bagi Projek untuk membina mod game C&C General pula,kemungkinan shahril terpaksa membatalkan proses development tersebut kerana kesibukan dalam membangunkan,mempelajari serta membina perisian Paradox Tools dan keylogger
Shahril dan VB6
Sekarang ini Shahril sibuk membangunkan perisian yang boleh di katakan tahap standard sahaja dan bukan untuk hasil jualan (melainkan ada sebab).Shahril tengah membangunkan perisian-perisian seperti "Killer","MyExplorer","Mytweak","MyNetTweak" dan ada pelbagai perisian lain nanti yang mungkin akan menyusul .. di samping itu juga shahril ingin memberikan penggunaan perisian ini percuma secara terus kepada anda yang ingin mencuba nya,jika ada masalah,kritikan,idea atau apa-apa sumbangan hantarkan kepada shahril.

Rabu, July 13, 2005

Sekarang ini semua berita,info dan sebagainya serta apa projek yang shahril sedang dan tengah buat.Link tersebut telah dipindahkan ke ruangan "Projek/Info" dengan klik pada "Projek/Info" di weblink. Bengang tak bengang patut atau tidak patut,shahril terpaksa berpindah aksess semula ke polarhome untuk mencari hosting yang boleh stabil dengan laman web shahril ini.Mahu atau tidak shah terpaksa pindah semula atas sebab banner pada hollosite.com dengan freelinuxhost.com telah membantutkan scripting pada laman web ini.Tapi apa-apa hal pon shahril akan gunakan polarhome ini sehingga berjaya jumpa hosting yang boleh "support" dengan laman web shah ini,"Hmm sabar jer la".

Penting !!
Hmm memang menimbulkan kontroversi bagi shah buat untuk berberapa hari ini,sebab sepatutnya shah akan release kan kesemua perisian yang telah shah buat khas untuk public,tapi siapa sangka banyak pembetulan yang harus di buat dan berberapa perkara yang sememangnya tidak patut terjadi atas penggunaan program tersebut...

Daripada apa yang shah dapat tahu dari perisian shah telah keluarkan.ianya sememangnya mempunyai masalah di mana , perisian yang shah bina sebelum ini telah membuat pengiraan yang salah di samping terdapat sedikit kekeliruan pada perisian tersebut .. oleh itu shah terpaksa keluarkan semula perisian tersebut,baiki,serta bina sub untuk backup sistem komputer pengguna.Mana tau kalau apa-apa yang akan terjadi takut nanti susah pula.

Serta,jika anda berkenan sangat nak pakai , tolong tunggu dulu okey.Sebab di jangkakan sebelum Raya .Shah akan release kan perisian ini untuk habis sapu bersih.pepijat yang telah ada pada perisian shah sebelum ini.

E-mail
Kini Shahril sudah tidak lagi menggunakan e-mail shahril@mesra.net,ini kerana e-mail tersebut tidak lagi boleh di gunakan kerana terdapat masalah ketika untuk membuka inbox e-mail tersebut.Ianya juga kerana kemungkinan terdapat banyak mesej di dalamnya atau e-mail tersebut telah di bom dengan memggunakan e-mail bommer.

Oleh itu sebarang bentuk e-media atau maklumat yang hendak di sampaikan kepada shahril.Hantarkan di: atau okey

And the Last one.Hampir,kesemua fail dalam ruangan download telah di kemas kini,telah di scan dengan anti-virus oleh Trend Micro dan telah di susun atur bagi fail-fail yang rosak,dalam kata lain selepas ini kemungkinan tiada virus pada ruangan download setakat ini tapi Shahril mengharapkan supaya anda berjaga-jaga kerana mana tahu download fail di "CyberCafe" atau pejabat , dan kemudian di komputer itu telah sedia ada virus Seperti Funlove virus,Beagle Virus,Worm dan sebagainya .Bukan ker fail tersebut akan menjadi tumpangan dia .Jadi Shahril mengharapkan supaya "scan pc dan fail" yang telah download dengan anti-virus,kalau tiada boleh menggunakan program tersebut tapi .Jikalau ada virus dan tak boleh di buangkan,Shahril menyarankan anda pergi ke laman web ini https://www.virustotal.com/gui/home/upload untuk download virus removal okey

Khamis, Oktober 10, 2004

Sekarang shahril dah tukar web templates yang lebih baik , dan lebih bagus dan dekat sini jugak shahril nak selitkan sedikit atrikel yang shahril jumpa pada 2001 dalam proses kehilangan dan dalam pencarian semula data-data tersebut so setakat ini shahril dapat la jumpa dan letakan dalam laman web shahril

Wah,Wah nampaknya ruangan Mods Games telah shahril penuhkan sikit pada hari ini , well bukan apa pon,cuma kekedang tuh shahril naik bengong pon ada pesal ruangan nie ada satu mod download jerk ??? ,well today i have add new ownsome so check this out even new ragnarok script but in Malay lah okey

Lagi satu shahril dah letak berberapa tools dan program yang agak berguna jugak untuk di gunakan kepada mereka-mereka yang betul-betul memerlukannya , dan paling best shahril dah letakan berberapa komponent dalam web shahril

Alert : Perhatian ! kepada mereka yang mendownload fail Hide.exe sila padam secepat yg mungkin kerana Trojan Sub 7 telah di kesan dalam fail tersebut , Harap Maklum

-Amaran-terdapat berberapa fail dalam ini telah di alih , jika anda tidak dapat memuat turun saya sarankan supaya anda menggunakan Mirror site untuk memuat-turun fail , jika asa masalah sila hantar laporan ke pada saya melalui "Hantar Mesej" sertakan sekali nama fail dan adakah fail tersebut mirror atau bukan mirror sekian

News
Berita Buruk yang nak shahril sampaikan dahulu ialah kebanyakan fail dalam windows 98x Util terpaksa shahril buang supaya ruangan hosting shahril tak penuh , satu lagi laman web shahril nih dah uzur dier punyer bandwith jadi kepada sesiapa yang melawat laman web shahril sorry la kerana semput dan lambat walaupon korang pakai ADSL aka Streamix

Daftar,Log-in dan guna
Ini merupakan amaran daripada shahril , terdapat user yang nak daftar pada sistem shahril menggunakan bahasa lucah,kurang ajar, dan tidak ada moral sivik langsung.Kalau tak puas hati taip jerk private komen kat shahril atau kat guestbook.Jika shahril nampak lagi user yang menggunakan perkataan F***k,S**t dan b**i sebagainya shahril tidak akan bertolak ansur "sorry ur account is been disable" , heheh

Anyway TQ la kepada mereka-mereka yang telah menggunakan service laman web shahril , jadi kepada mereka yang mempunyai masalah download fail sila berikan nama , ID yg korang gunakan dan e-mail korang pada shahril melalui "Hantar Komen" atau pon susah sangat hantar sahaja e-mail pada shahril di shahril(at)mesra.net okey

Jumaat, September 24, 2004

Dari user "Apasal kau tak bertanggung jawap bila ada fail yang ada virus di download. kau takut ker? pengecut! penakut! Ayam!"

Alamak !! itulah persoalan yang Shahril terima daripada seorang hamba allah yang melayari laman web Shahril ini,tengok macam tidak puas hati sahaja tapi tidak mengapa dia pun tak bagi e-mail.Jadi Shahril pun tidak dapat nak jawap pada dia.Tapi ini adalah dugaan dan benda yang tidak pula terpikir oleh shahril,jadi ini ialah jawapan daripada Shahril sendiri

  • Kalau takut fail dalam Shahril ada virus,imbas fail tersebut dengan anti-virus.
  • Amaran yang Shahril berikan masa nak download itu, bukan dengan tujuan suka-suka untuk di letak tapi sebab untuk mengingatkan anda, yang nak download dari laman Shahril supaya berjaga-jaga mana tahu jika fail tersebut mempunyai virus.
  • Lagi satu fail utiliti sama ada dalam Win9x,Games,Xtra dan kecuali Mod game.Shahril tidak hairan pun andaikata ada virus kerana,program atau software itu bukan di bina atau di bangunkan oleh Shahril83.
  • Fail-fail utiliti itu Shahril simpan di webhosting untuk kegunaan Shahril dan anda,dan apa yang paling penting untuk mendapatkannya susah dan ada di antaranya dah tak wujud lagi,kalau ada pun ianya hanyalah pautan yang telah mati.
Shahril amat-amat berharap , jika anda yang download fail .Sila imbas fail tersebut dengan anti-virus.Shahril tak marah pun jika kalau anda "report" fail tersebut mempunyai virus, sebaliknya Shahril akan cuba pulihkan fail itu atau memberikan ,pautan web yang sebenar untuk di muat-turun.Dengan syarat memberitahu fail tersebut dengan lanjut sebab fail dalam web host banyak.Sekian

Ahad, August 1, 2004

Permulaan kepada Mukadimah



Di Ceritakan ,laman web shahril83 di publish ke dunia web pada asalnya di hari Selasa pada November 27, 2001 di http://www.geocities.com/infxseries.Manakala pada 1 August 2004 bertapak di alamat laman web http://shahril83.cjb.net hosting polarhome dengan menggunakan PhP

Shahril lebih menumpukan pada 2xseries pada tahun 2001 dan kemudiannya laman web personal selepas itu.

Ahad, August 1, 2003




Terima kasih kawan-kawan di KYM

Assalamualaikum w.b.t, kepada semua member dan rakan-rakan shahril yang melawat laman web shahril ni.Kepada mereka budak-budak rakan-rakan Dorm shahril di Alai melaka seperti Ryan,Kelvin,Kembar,Ajim,KC aka Razak,Sopi,Syakir,Faiz dan Fairuz.Terima kasih kerana membantu shahril sepanjang shahril kat melaka ni, Semoga masa L.I ini kita semua tak lost contact.

Galeri Gambar di KYM Alai

Geng RANGKOM di Alai,Melaka (Rangkaian Komputer - Kolej Yayasan Melaka) Dalam memori kenangan 2004

Berdiri dari Kiri Ajim,Aku,Mazid,Syakir,Ajak,Terd
Duduk dari Kiri Ajib,Yati,Imah,Ramzan(ryan)




Your Impression