Share this blog


Mutiara Kata

Showing posts with label Computer. Show all posts
Showing posts with label Computer. Show all posts

Tuesday, February 24, 2026

Baiki Logo sekolah kepada HD

Baru-baru ini shahril ada sedikit kelapangan masa ,untuk rework semula logo-logo sekolah lama dengan memberikan semula sentuhan HD dengan bantuan AI seperti Germini ,ChatGPT dak tak lupa juga dengan pengunaan Lunacy.

Shahril juga akui,untuk membina semula logo-logo lama ini bukan mudah ianya memerlukan masa yang panjang dan prompt AI yang jelas,dan perlu juga sentuhan manual utk edit/restore.Setelah logo ini telah siap di baiki,ada baiknya shahril berkongsikan semula logo-logo ini untuk kegunaan mereka yang memerlukan.Ini kerana logo-logo ini tempat yang shahril pernah belajar dahulu.

Ada sesetengah logo tersebut alignment tak jelas,tulisan dan sudut,ada kadang kala tu perlu di baiki juga dengan cara manual.Maklum la mungkin sengan asabab ini.shahril boleh belajar sikiit-sikit untuk memahirkan diri dengam membaiki imej binary atau gambar secara terus.

Shahril akui mungkin ada logo-logo ini adalah logo lama,tapi ianya akan nampak puas dan cantik apabila ianya dijelaskan gambar dan naik taraf HD untuk logo tersebut.Jika terdapat kesalahan pada logo tersebut sila info pada shahril ya.



Friday, March 21, 2025

Ulang tahun genap 10 tahun pembangunan perisian MyParadoxTech

Sedar tak sedar,dah 10 tahun usia pembangunan perisian ini.

Teringat dulu pendrive customer selalu terkena jangkitan virus.Lps tu pulak dengan adware/spyware yg macam-macam melekat dekat Internet Explorer.

Ada jugak kes pc/laptop dgn masalah internet slow,dgn nk tweak boost bagi laju,sekapal dengan Windows2 sekali nk bagi boosting.

Satu input yg menarik apabila konsep tu di terjemahkan ke dalam bentuk software.Ianya berlaku hampir 18 tahun yang lepas sebenarnya.on alias developer "Ingrid Software" 2005-2008.

Cuma ianya di rasmikan kemudian atas nama developer ParadoxTech di tahun 2014,dan Paradoxtech bertukar nama ke MyParadoxTech di tahun 2019/2020.

Adakah ianya masih relevan? Ya,ianya bergantung bagaimana kita menggunakannya pada hari ini.

 







Wednesday, March 19, 2025

MyParadoxTech : Anti-virus detect as false positives

Our statement regarding our software being detected as a virus/trojan

MyParadoxTech software is sometimes flagged as a potential threat by antivirus software, but these are usually false positives, meaning that it is not actually malicious.

This is because the utility can reveal sensitive information, which some antivirus programs misinterpret as malicious activity.

So far, it has often been detected as "Trojan:Win32/Wacatac.B!ml

SAM software detected as Trojan:Win32/Wacatac.B!ml

The installation software is also detected as "Program:Win32/Wacapew.C!ml" this is also one of the false positives

If Windows Defender detects "Trojan:Win32/Wacatac.B!ml", it is likely a false positive related to machine learning, but it is important to take action to keep your system safe.

"Trojan:Win32/Wacatac.B!ml":
This is a type of trojan malware, meaning it pretends to be legitimate software but can be used to compromise your system.

Wacatac Trojan:
This malware can steal sensitive information, such as logins, passwords, and financial details, and cause significant damage.

The !ml suffix:
"!ml" indicates that the detection is likely based on machine learning, which can sometimes lead to false positives.

This false positive issue has been going on for several years now, and we have tried our best to rebuild the coding and refactor it, so that AV does not detect any malicious code or activity in our software.

However, this misunderstanding issue must be clarified, so that it does not affect the reputation of our software products.

For that, we would like to clarify here, that our software is safe and free from malicious activity. If any of our software is detected as a virus or trojan. Please reach us at e.zainaza [at] gmail.com or send those file at https://www.virustotal.com

Friday, February 14, 2025

New an Upgraded Tools and System

Alhamdulilah dalam seminggu dua ini, dikurniakan ilmu tambahan untuk upgrade alatan@tools sistem komputer untuk kegunaan sendiri dan staff untuk membaik pulih perisian komputer pelangan.

Ini kerana kali terakhir sistem ini di tambah baik pada tahun 2020. Kini ,setelah menggunakan perisian daripada pihak ke 3 ventoy dan kod asal "grub-loader",maka terhasil versi terbaru alatan konsep "Windows XPE" atau live CD sebelum ini.

Lagipun sistem yang lama ,banyak tertumpu pada MBR dan legacy file system.Cuma dengan sistem baru ini UEFI dan legacy sistem dapat di gunakan sepenuhnya.

Walaupun Sistem telah beralih lebih moden ,tools dan utility yang lama masih di kekalkan ,ini kerana sistem ini banyak di gunakan pelbagai jenis untuk "troubleshoot" dan membaiki komputer tersebut.


Alhamdulillah in this two weeks, I was blessed with additional knowledge to upgrade computer system tools for personal use and staff to repair customer computer software. 

This is because the last time this system was improved was in 2020. Now, after using software from a 3rd party, ventoy, and the original code of "grub-loader", the latest version of the "Windows XPE" or live CD concept tool was produced.

After all, the old system focused a lot on the MBR and legacy file system. Only with this new system can UEFI and legacy systems be fully used. 

Although the system has become more modern, the old tools and utilities are still maintained, this is because this system is widely used in various ways to troubleshoot and repair the computer.

 

The old version

The New version with Text Mode

The New version with Graphic Mode I

The New version with Graphic Mode II

The New version with Graphic Mode III

The Old version with Windows XPE

The Old version with Windows XPE

Test-up SAM on Windows XPE

Friday, October 04, 2024

ChromeBook Acer N17Q8 (2015)

Cuba-cuba Chromebook keluaran tahun 2015.

Internet memang kena tarik kuat gila-gila punya.

Tapi setakat kerja menaip dengan browsing internet tu ok la.Paling penting sekali perlu dapatkan latest update ChromeOS.

Sesungguhnya racun itu benar,hahaha.

Shahril mencuba ChromeBook di tahun 2024 berjenama Acer N17Q8

 

Spec :

  • Intel Celeron N3450 1.10GHz
  • 4GB RAM
  • Storage 32GB eMMC
  • Screen 11.6"
  • Chrome OS

Thursday, November 09, 2023

Apakah itu SSD & HDD ?

Perbezaan antara SSD dan HDD ? 

Asalamulaikum & salam sejahtera,untuk kali ini shahril akan terus menerangkan apakah itu SSD dan perbezaannya dengan HDD

Akronim maksud SSD dan HDD

  • SSD : "Solid State Drive"
  • HDD : "Hard Disk Drive"

Perbezaan yang paling ketara ialan antara kelajuan dan jangkahayat Ramai yang tidak tahu SSD atau Memori Disk Drive ini mempunyai jangkahayat.

Teknologi NAND,awalnya boleh di lihat semasa "Thumb Drive","Flash drive" atau "Pen drive" di perkenalkan,oh ya tidak lupa jugak pada flash nano seperti SDCard atau M2 Sony

SSD dan Flash Drive 


Rajah "Samsung SSD 840 EVO SATA III 2.5 inch 120 GB SSD"

Rajah "Thumb Drive","Flash drive" atau "Pen drive"

Pada ketika ini storan yang terawal mempunyai kapasiti 512Mb dan kemudian terus berevolusi kepada storan kapasiti yang lebih besar ,serta teknologi antaramuka yg lebih laju diperkenalkan seperti daripada USB1.0 > 2.0 > 3.0 > 3.1 dan lebih besar bandwith input/ouput data di masa akan datang. 

 

  Contoh NAND Chip

NAND Chip dalam Flash Drive

NAND Chipset

Kemudian Teknologi NAND di aplikasikan ke bentuk Solid State Drive untuk pertama kalinya.Dan sudah tentu faktor jangkahayat untuk NAND chip drive,akan di naik taraf. SSD menggunakan memori flash berasaskan NAND, sejenis memori yang tidak mudah berubah atau nama mudahnya memory jenis ‘non-volatile’ (NVM). 

Dengan ini, data yang disimpan akan kekal dalam memory walaupun disk telah dimatikan. Inilah sebab kenapa SSD lebih laju daripada HDD dan kurang menggunakan tenaga.Akan tetapi SSD mempunyai satu kitaraan yang dikenali sebagai "TBW" atau istilahnya "TerraByte Written". 

Kiraan TBW ini boleh di lihat pada spefikasi SSD tersebut,Semasa pembuatan SSD on factory ,nilai TBW ialah penuh 100%.

Apabila SSD di ON atau di gunakan,nilai TBW ni sedikit demi sedikit akan berkekurangan sehingga nilai 0%.Akan tetapi indikator ini boleh di lihat di software seperti HDD Sentinel atau CystalDisk Info

Tips Memilih SSD

Dalam proses untuk memilih SSD ,tidak dapat di nafikan terdapat pelbagai jenama dan model yang memberikan specifikasi yang berbeza.

Untuk mendapat SSD yang tahan lama terketak pada DRAM Controller pada SSD tersebut.Kesimpulan yang mudah,apabila SSD mempunyai DRAM controller yang bagus,kemungkinan TBW atau jangka hayat SSD tersebut boleh bertahan lama dalam proses kekerapan I/O pada SSD tersebut.

Contoh bagiamana Controller DRAM yang beroperasi dalam menguruskan Data dalam NAND Flash

Table data daripada Huawei mengenai perbandingan antara DRAM less dan DRAM SSD

Apakah itu Hard-Disk ?


Gambar dalaman Mekanikal Hard Disk dan jugak SSD yang menggunakan NAND Flash Chipset

HDD ataupun Hard Disk Drive ialah teknologi yang telah lama dikenalkan oleh IBM semenjak 60 tahun yang lalu. HDD ini menggunakan teknologi magnetism untuk menulis,membaca dan menyimpan data.Secara mekanikalnya,ianya mempunyai "rotating platter" atau disc yang berpusing diatasnya. 

Rotating platter ini berpusing dengan sangat laju dan terdapat satu "Head reader" di atas disc."Head reader" inilah yang bantu HDD untuk membaca dan menulis data.

Performance HDD ini bergantung kepada kelajuan pusingan platter tersebut.Lebih laju pusingan, lebih bagus HDD tersebut dalam untuk membaca dan menulis data pada cakera magnetik.Purata pusingan HDD adalah 5700 RPM sehingga 7200 RPM

Rumusannya..

Oleh itu yang manakah terbaik ? Bergantung kepada untuk kegunaan semasa.

Unutk menggunakan aplikasi yang pantas dan boleh kemas kini semasa tanpa melibatkan risiko data semasa ,Shahril mengalakkkan menggunakan SSD.

Banyak di gunakan dalam sistem pengoperasian windows ,software-software produktiviti dan data-data kerja yang sementara.

Akan tetapi jika data storan yang di simpan besar dan untuk penyimpanan untuk satu jangkmasa yang panjang,Hard Disk mekanikal sesuai di gunakan.

Banyak di gunakan dalam penyimpananan data untuk jangmasa masa panjang seperti video,gambar ,rekod-rekod lama dan material yang penting yang hanya sekadar untuk penyimpanan sahaja.

Untuk daripada segi harga dan mobiliti, SSD lebih mahal dan kurang risko rosak jika terjatuh,SSD akan berisiko KO apabila berlaku short circuit yang membolehkan ianya Total Lost.Kurang menggunakan kuasa elektrik kerana menggunkaan chip.

Manakala untuk , HDD pula,murah sedikit dan berisko rosak jika terjatuh,kelamahan nya ianya lambat berbanding dengan SSD dan lebih perlukan perhatian untuk proses instalasi perkakasan.Lebih sikit menggunakan kuasa elektrik kerana menggunakan motor elektrik.

Wednesday, August 02, 2023

Shahril83 Legacy : 23 Years


Alhamdulilah ,pada hari ini selesai semua proses Shahril83.cjb.net yang hilang,semuanya di kemaskini balik,mana yang terkongsi di kongsikan semula,manakala yang tak sepatutnya ada.Sememangnya shahril buang terus.

Adakalanya dalam memelihara info lama yang masih ada kesinambungan shahril akan teruskan,akan tetapi apabila untuk meneruskan telah tiada,maka biarlah ianya hilang dalam sejarah.

Baru-baru ini,dalam shahril finalize update Shahril83 Legacy shahril terjumpa "harta-info",haha coretan nuklilan yang lama telah hilang,siapa sangka tersorok dalam fail ZIP yg shahril simpan dalam cloud Yahoo! Briefcase suatu ketika dahulu.

Templates laman web shahril pada tahun 2009
 
Laman web shahril83.cjb net mmg domain dah tak wujud,cumanya shahril namakan Shahril83 Legacy website,sebagai laman web yang shahril pernah bangunkan ketika dahulu dgn pelbagai maklumat dan info di masa-masa internet meletup di era tahun 2000.

Thursday, July 13, 2023

Tuesday, July 04, 2023

Tweak DDWRT Speed


This is the best DD WRT Internet Tweak that I have used from 2016 till now. It modifies your internet packet data.Tested, it's smooth even when connected to a 4g LTE modem.


 Tested my DDWRT device bridging with my 4G LTE modem
 
Hopefully this simple tweak might help some developer application and users.
Give me some credit for this script and my time.


This for those who love using sysctl than direct echo command on unix


1) Copy all code inside text-area,then access to DDWRT Router it's should be http://192.168.1.1 as default.

2) Then go through Administration > Commands > Save Startup.or else click here to go to commands section.

3) Paste it over Commands Shell section text-area

4) Save startup on DDWRT Command GUI

5) After all these steps are done, please reboot your DD WRT router (twice) 2x to see the effect

Tuesday, June 13, 2023

False positive ? Code Digital Signing

 📌 Pentingnya kod digital signature.Sebab salah satu daripadanya untuk kenal pasti siapakah yang membangunkan perisian tersebut ? Developer ? Hacker ? atau Phishing Tools.,atau perisian scam.

⭐️ Fasa percubaan untuk kod digital telah selesai,walaupun masih ada kes "false positive" daripada "company anti-virus".

📦 Buat waktu ini,kos masih boleh on cover,tapi jika kod digital untuk enterprise dilaksanakan.Harga product & perhidmatan akan ada kenaikkan.

Sunday, May 21, 2023

Netbook & SSD


Al-kisah semalam,percubaan utk gantikan SSD dekat netbook 1Malaysia,ternyata utk windows 10 banyak ragam manakala ,utk windows 7 pulak bertambah lajunya,sesuai dgn zamannya.Install windows 10 hampir 1 jam 🙃

Last2 fikir balik,ye la.Install windows 10 mungkin boleh,tapi nk guna tu.Mau naik stress owner yg guna nebook ni.
 
By the way,last2 teringin pulak nak, test BridgeMT4 ke FXTrader-Labs - Projekt Leo,akur dan puas hati juga.sebab stabil dan ada sedikit laggy.Garphic pulak mmg bnyak ke laut,lari setting dgn screen size.lepas ni mmg Bye2 la DDE,BridgeMT4 lebih flexible,utk laptop ni MT4 dulu cukup la,sebab di PC guna BridgeMT5.
 
Oleh itu Kesimpulanya : 
 
🟢 SSD laju,ada hayat TBW
🟢 Mechanical HHD slow hayat atas magnetic disk.
🔴 Taktau nk test apa atas notebook tu maka FXTrader-Labs - Projekt Leo jadi mangsa 😂
Psst : CHF tgh High Rank,tu pasal dia jual mahal jumaat lepas.🤣