Share this blog


Mutiara Kata



Cara install dan menggunakan PhpTriad

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.

Tutorial Install PHPTriad dan running php script

Salam,ini ialah tutor Phptriad yang telah shahril update dan lebih mudah untuk anda semua memahami bagaimana untuk install dan guna PhpTriad sahaja,dan ini bukan bemakna shahril akan mengajar bagaimana untuk membina script okey

Install PhpTriad untuk Win98/ME

Baik,sebelum kita membina laman web.terdapat pelbagai package sisitem yang bakal kita akan gunakan pada laman web tersebut,adakah ianya menggunakan Html sahaja atau pun menggunakan PHP,CGI,JSP atau ASP

Jika anda memilih untuk php.Ianya adalah satu pilihan yang shahril boleh katakan tepat kerana php terdapat kebolehan yang lebih mudah di fahami berbanding daripada ASP atau CGI

Untuk membina sebuah laman web yang berasaskan php,terlebih dahulu kita memerlukan fail konsole dan server aplikasi untuk menjalankan php ini samaada untuk localhost (Pc sendiri) ataupun untuk web server

  • Mula-mula dapatkan fail PHPTriad klik sini untuk ke laman web Phptriad - Shahril menyarankan kerana dalam package ini terdapat SQL,Apache dan PHP Admin untuk newbie yang baru nak guna dan belajar php
  • Selepas muat-turun,anda boleh klik pada fail setup PHPTriad itu.Tapi ingat fail tersebut akan di install dalam pemacu cakera keras dalam c:\
  • Selepas install selesai aktifkan apache daripada start menu atau di "C:\Apache\Apache.exe"
  • Kemudian buka pelayar Internet Explorer dan taipkan "http://127.0.0.1" atau "http://localhost" untuk memastikan yang anda telah berjaya install Konsol Apache daripada package PHPTriad
  • Selepas itu jika laman web berjaya di paparkan dan keluar "Congratulations on choosing PHPTriad for your Windows PHP needs".Maksudnya anda telah berjaya aktifkan apache dan boleh menggunakannya
  • Jika anda telah ada fail script php dan teringin nak lihat sama ada fail tersebut ada pepijat atau ralat,anda kena copy fail laman web korang ke dir "C:\apache\htdocs"
  • Jika anda tiada ada script,anda boleh cuba set arahan seperti ini :

    <?php
    echo "Selamat Datang ke laman web saya\n";
    echo "<a href=\"http://shahril.2ya.com\">Klik sini</a>untuk meneruskan ke laman web saya ";
    ?>

    dan simpankan dalam nama "test.php" dan lihat di "http://127.0.0.1/test.php"
  • Dan jika anda rasa konsole ini best dan bagus untuk membina laman web dalam bentuk php,anda boleh muat-turun fail script php di
http://hotscript.com
http://phpscript.com

dan banyak lagi laman web yang menyediakan script php percuma atau versi demo

Selain itu PHPTriad jugak mebolehkan anda membina server untuk web page + php scripting ,ini bermakna kalau dalam satu LAN.Komputer A telah di install PHPTriad dan hendak gunakan sebagai pelayan.Cari ip bagi komputer A (untuk mencari ip komputer A taip "winipcfg" pada run di start menu) dan buka Internet Explorer taipkan "http://ip komputer A/folder laman web/fail laman.php",insyallah mesti berjaya ,tapi ingat besar kemungkinan ianya slow kerana berberapa faktor seperti jenis sambungan,kekuatan pada komputer A dan sebagainya,untuk excutekan penguannan php pada LAN (Intranet)

Contohnya seperti ini http://192.168.1.10/test.php

Jadi setakat ini sahaja tutorial mengenai cara-cara untuk menguji fail laman php scripting tanpa publish



Penggunaan SQL database

SQL adalah pengkalan data yang khas untuk pengguna yang telah mahir dalam pengunaan php dan telah barjaya mengabungkan fungsi php dengan menggunakan pengkalandata dengan SQL.Jadi jika anda nak juga guna SQL ini,shahril hanya boleh berikan panduan dan bukan untuk mengajar penuh bagaimana untuk menggunakan SQL ini

  • Klik start menu,dan dalam run taipkan "C:\apache\mysql\bin\winmysqladmin.exe" dan tekan enter
  • Kemudian akan keluar satu dialog,yang minta anda isikan user dan password.Dan bahagian ini paling penting sebab jika anda isi,fail asal konfigurasi SQL ini akan di "overwritekan"
  • Okey,jika anda telah mengisi user dan password.Maka masanya pula untuk aktifkan PHP Admin
    di "http://localhost/phpmyadmin/"
  • Di dalam set tersebut anda boleh "manage",bina,edit dan macam-macam lagi.Untuk info lebih lanjut penggunaan SQL ini,anda boleh mencari sendiri di internet ok.Shahril hanya dapat bagi jalan depan sahaja untuk mereka yang nak gunakan SQL nie
  • Lagi satu kalau nak manage lebih cepat anda boleh cuba program macam MySQLManager ini di "C:\apache\mysql\bin\MySqlManager.exe" dan data SQL tersebut di simpan di dalam folder "C:\apache\mysql\data"



Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan