Share this blog


Mutiara Kata



Install Windows 98 SE

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.

Bina Bootdisk

  • Bina Bootdisk dengan menggunakan disket kosong
  • Buka control panel dengan menaip "control" di start menu pada run


  • Kemudian double klik pada Add/Remove Program dan terus klik pada tab Startup Disk,dan tekan butang "Create Disk" dengan memasukkan disket kosong dan tunggu sehingga siap 



Install windows 98

  • Pergi kepada komputer yang hendak di install windows 98
  • Tekan butang DEL untuk memasuki ke dalam BIOS *kekunci access bios
  • Setkan "Boot Piority" kepada 3 ½ floopy disk dalam BIOS kemudian "Save and Exit"
  • Komputer akan di restart selepas keluar daripada BIOS , dan masukkan disket yang boot yang telah di bina tadi ke dalam pemacu 3 ½ floopy
  • Apabila terdapat pilihan sila pilih dengan menekan butang 1 , di ikuti dengan butang 1 jika terdapat pilihan ke dua
1) Start computer with CD-ROM support.
2) Start computer without CD-ROM support.
3) View the Help file.
  • Sekarang prosess boot daripada 3 ½ floopy tadi telah berjaya sekarang anda perlu memastikan di mana drive bagi cd-rom anda

Penting !!! jika komputer anda menggunakan hanya satu pecahan atau partition 


Kesimpulannya !! apabila kita boot komputer samaada daripada A: ataupun cd-rom salah satu drive akan di cipta secara maya oleh komputer ianya di kenali sebagai RAM Drive. 

Drive ini selalunya akan di bina oleh komputer selepas drive bagi cakera keras atau hardisk.

Dalam kata lain jika C: ialah cakera keras D: ialah RAM drive dan E: ialah pemacu cd-rom ialah E:

Dan selepas windows telah siap di install RAM drive akan hilang dan pemacu bagi cd-rom akan kembali semula kepada D:

  • Kini di mulakan dengan mengformat cakera keras dalam komputer anda
  • Paparan yang anda lihat adalah seperti berikut :
A:\> format c: Tekan Enter
WARNING, ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISKDRIVE C: WILL BE LOST!
Proceed with Format (Y/N)?
  • Tekan butang Y untuk meneruskan format , jika tidak tekan butang N
  • Selepas itu tunggu sehingga proses format selesai
  • Setelah selesai format , taipkan pula arahan seperti berikut :
A:\>c: Tekan Enter
C:\>md win98 Tekan Enter
C:\>cd win98 Tekan Enter
C:\win98>E:
Tekan Enter
E:\>cd win98
Tekan Enter
E:\win98>copy *.* c:\win98
  • Dan tunggu sehingga proses salinan fail daripada cd rom ke cakera keras
E:\win98>c: Tekan Enter
C:\win98>setup Tekan Enter
  • Kini anda telah memasuki ke dalam proses setup windows 98 daripada cakera keras , sekarang anda boleh mengambil cd-rom windows 98 dalam pemacu cd -rom
  • Kemudian paparan berikut akan keluar daripada skrin seperti berikut :

  • Tekan butang "Continue" untuk memeruskan proses instalasi windows 98

 

(Rajah 3) 

  • Kemudian anda akan di minta supaya setuju dengan perjanjian dengan Microsoft sama ada anda setuju dengan syarat pengunaan windows 98 ke atas mesin komputer anda.Apabila paparan ini muncul klik pada "I Agree" dan tekan butang "Next" di susuli dengan paparan permintaan 25 no siri windows untuk memeruskan proses installasi windows 98 (Rujuk Rajah 3)

 

(Rajah 4)

  • Dengan melalui proses "Collecting information about your computer" ini bermakna dalam proses ini program installasi windows 98 akan bertanyakan anda berberapa soalan seperti lokasi install windows,Negara,jenis perkakasan (Ambil yang Recommended)(Rujuk Rajah 4)

  • Kemudian program ini juga akan meminta sama ada anda ingin membuat boot disk daripada cd ke disket , di sarankan kilik pada "Cancel" pada paparan permintaan "Insert Disk" (Rujuk Rajah 5)

(Rajah 5)

  • Proses terakhir dalam proses "Collecting information about your computer" akan habis apa bila installation windows akan bermula apabila berlaku salinan fail daripada cd ke cakera keras , tetapi di dalam ini telah di terangkan fail instalasi windows telah di salin daripada cd ke cakera keras , jadi boleh di simpulkan di sini installasi ini bermula daripada c:\win98

  • Kemudian anda perlu tunggu sehingga salinan fail selasai , selepas salinan fail selasai komputer akan di restart kan secara automatic dan biarkan sahaja komputer anda selesai proses installasi




Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan