Share this blog


Mutiara Kata



Windows 98 Tweak Speed

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.

This Tutorial for Speed internet for Windows 98/ME/Win2000 only


Tutorial Internet Tweak


Di dalam tutorial ini shahril ingin memberikan penerangan bagaimana untuk mengoptimakan kelajuan internet daripada biasa kepada yang luar biasa di mana kesanya anda boleh lihat dengan lebih jelas jika anda menggunakan dial-up modem 5.6k.Serta di dalam ini juga,shahril akan memberikan kod aturcara Inf dan Registry,serta ianya sesuai untuk komputer yang menggunakan platform windows 98/ME Win2000 dan XP

"Short Cord" (Kabel Pendek)

Pertama sekali shahril ingin menerangkan mengenai apa itu short cord ? short cord ialah dengan menggunakan kabel yang pendek di antara modem dan talian telefon di rumah.Semakin panjang talian telefon daripada modem anda ,semakin kurang isyarat penghantaran data daripada cord telefon ke modem anda.Ianya juga akan mempengaruhi kelajuan pidah terima fail.

Jika anda mengunakan modem "extrenal" atau modem  luar adalah lebih baik jika anda meletakan arahan ini dalam System.ini yang terletak dalam direktori Windows

Seperti ini

[386enh]
COMXBuffer=num


Dengan menggantikan X dengan nombor port pada modem anda serta gantikan num daripada 128 ke 10,000 untuk membina "buffers".Dengan membina arahan ini ,anda perlu restart windows selepas anda edit fail system.ini untuk melihat kesanya.Jika kesan pindah terima fail lambat anda boleh membina buffer baru sekurang-kurangnya 2,048 (2KB) askara,dan jika masalah masih lagi berulang naikan nilai buffer ke 4,096 (4KB) atau lebih kepada 8,192 (8KB). 

Untuk lebih melajukan kelajuan data terima anda perlu

Pergi ke Control Panel klik pada modem,dan seterusnya klik pada "Properties".Di bawah Tab General, pastikan "Maximum Speed" di setkan kepada 115,200 atau lebih tinggi (lebih daripada 57,600),dan buka tab Connection ,klik pada Advanced
dan pilih pada "User Error Control", "Compress Data" dan "Use Flow Control (Hardware) options".

Pintas masa untuk dial

Jika "Log on to network" di pilih, Dial-Up Networking akan cuba mencari "Microsoft Windows Network".jika tiada sambungan akan di putuskan serta ianya akan membuang masa kerana mencari "Microsoft Windows Network". untuk membunag pilihan "Log on to Network" .Ikuti langkah ini 

Klik pada Start, Programs, Accessories, Dial-Up Networking. klik kanan pada "Connection you use to connect to your Internet Provider". kemudian klik pada Properties.Dalam itu pada tab "Server Types", buangkan pilihan "Log on to Network" dan klik OK

Gunakan protokol yang betul

Tip ini akan mennjukkan kepada pengguna mengenai protokol apakah yang perlu bagi mengguinakan internet.Dalam. Windows 98 secara asasnya ianya telah di install dengan NetBEUI, IPX/SPX, dan TCP/IP kepada protokol dial-up,tetapi hampir kesemua ISP hanya memerlukan TCP/IP sahaja untuk membuat sambungan ke internet

Untuk membuang protokol yang tidak sepatutnya, klik pada Start, Programs,Accessories, Dial-Up Networking, dan klik kanan pada "the connection for your ISP" and dan klik pada Properties. Pada Tab On the Server Types,di bawah "Allowed Network Protocols"
buangkan pilihan NetBEUI dan IPX/SPX  untuk memastikan anda menggunakan protocols, TCP/IP dalam kes ini, klik pada Start, Settings, Control Panel,Network.Lihat contoh seperti gambar di bawah :

 

Ubah Maximum Transmission Unit (MTU)

Sesetengah pengguna merasakan kelajuan internet agak lambat berbanding dengan modem yang di gunakan selaunya ianya berada 900 hingga 1,800 askara sesaat walaupun anda menggunakan modem 56k modem.Ianya mungkin kerana masalah pada "Maximum Transmission Unit (MTU)" yang ada dalam Windows 95/98.Anda boleh mencuba dengan menggunakan SYSMON (System Monitor) dalam Windows 98,Dan lihat pada "Bytes received/sec." serta buat perbandingan di antaraaskara yang di hantar/terima sesaat melaui pelayar web hanya 10%-12% sahaja yang di gunakan semasa proses muat-turun fail atau muat-naik fail di mana hanya 3,300 atau 3,000 sesaat.Tetapi jika askara yang di teima dalam 900 hingga 1800 sesaat anda memerlukan penggurangan pada "unneeded retransmissions" ini telah menjadi masalah pada windows 95/98 secara asasnya kerana terdapat bugs di dalamnya

Oleh itu pengubahan perlu di lakukan pada komputer tersebut dengan menukarkan MTU daripada 1500 ke 576,Ini kerana 1500 ialah MTU untuk komputer atau client yang berada di bawah router atau dalam rangkaian komputer (LAN) yang menyambungkan ke modem DSL atau ISDN manakala 576 adalah yang terbaik untuk komputer yang mempunyai sambungan terus ke internet dengan menggunakan modem

Pengubahan MTU pada komputer tersebut boleh di lakukan dengan menggunakan kod di bawah ini

P/S:Untuk pengguna dial-up MTU yang paling terbaik,tetapi bagi DSL dan rangkaian ialah 1500 manakala untuk PPPOE dial-up DSL pula ialah 1480.
(Bagaimana hendak menggunakan kod ini)

Dan jika anda telah patch Microsoft Dial-up Networking 1.4 gunakan set arahan ini.
(Bagaimana hendak menggunakan kod ini)

Kod ini hanya untuk mereka yang telah patch/upgrade Microsoft Dial-up Networking 1.4
Jika anda mempunyai masalah ketika muat-turun fail ini lawat http://windowsupdate.microsoft.com

Tips melajukan data output ke pelayar web

Ini pula ialah pengunnakan buffer sebagai untuk mempercepatkan pindah terima fail dari internet sebanyak 200% seperti melayari laman web dan muat-turun perisian atau fail.

Salin kod ini dan simpan sebagai fail reg
(Bagaimana hendak menggunakan kod ini)

Untuk Windows 98/ME/Win2000 dan ke atas

Untuk Windows XP dan ke atas



Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan