Share this blog


Mutiara Kata



Shahril dan Komputer

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.


A'salam dan selamat sejahtera,sebenarnya dalam ruangan ini shahril dah tak tahu nak taip apa lagi,tapi jika anda rasa bosan sila tinggalkan ruangan ini secepat mungkin okey.Sebab nanti shahril nak cerita sikit dunia shahril pada korang .

Nama shahril sudah tentu bernama Shahril,haha dan berumur 21 tahun (2004), dan menetap di berberapa tempat di Malaysia , lahir di negeri Perak dan shahril pernah tinggal di kuching sarawak dan menetap di sana hampir 3 tahun kemudian family shahril berpindah semula ke semenanjung malaysia (Perak) semasa umur shahril hampir 12 tahun

Bagaimana laman web ini terbina ? okey shahril mulakan cerita dulu ...
Di tahun 1998,bersekolah di SMK Khir Johari Sg Sumun,shahril ada mempunyai seorang kawan yang bernama James dan lagi seorang yang bernama Fadino.Oleh kerana kami bertiga ini pernah belajar cara-cara nak bina laman web, sebab pada masa tu ada competition membina laman web sekolah di peringkat daerah,Jadi kami bertiga memang rapat,lagi-lagi shahril rajin stay di sekolah sampai ke petang layan buku di library sekolah, timeline pada masa itu shahril dalam tingkatan 4 kalau tak silap..

Perkenalan dengan Zul Fahmi
Sebelum shahril berkawan rapat dengan mereka ,shahril ada seorang lagi kawan yang rapat, bernama Zul Fahmi.Berkawan dengan Zul menimbulkan minat ke arah dunia Elektronik.Akan tetapi selepas berkawan dengan James serta-merta dunia shahril berubah daripada berminat Elektronik ke dunia komputer.Walaupun main core ke dunia komputer,dunia elektronik shahril tak tinggalkan :P
Daripada dulu shahril ingin mempunyai sebuah komputer di rumah tapi semasa coretan ini di tulis shahril telah memiliki komputer di rumah dengan Pentium S ,166mhz MMX , 64 Mb Ram dan Windows 98 SE.Sangat bersyukur ,sebab itu pun dikira nasib baik kerana shahril memamng minat komputer pada masa tu.Komputer pada masa tu seolah-olah membuka ruang ilmu yang besar,lagi-lagi dunia internet baru nk up.

Dengan ada komputer sendiri di rumah,shahril boleh belajar sendiri utk explore komputer,OS,Web Coding dan macam-macam lagi.Dipendekkan cerita sejarah hidup,shahril pernah berkerja sebagai peniaga buah,berniaga burger dan macam-macam lagi sebelum dapat berkerja sebagai pembantu juruteknik komputer,Impian pada masa tu memang ingin menjadi sebagai juruteknik komputer.Di tambah lagi dengan pengaruh kuat di IRC ,ada juga ingin menjadi seorang Hacker.

Perkenalan dengan Amran
Shahril berkenalan dengan Amran semasa di CyberCafe Teluk Intan pada tahun 1999 rasanya,sebab pada masa itu,ada issue untuk upload fail ke laman web server,Pada masa tu laman web seperti anglefire atau geocities.Oleh kerana kami baru belajar HTML,maka masih belum tahu bagaimana untuk "upload" fail HTML dan lain-lain ke web server.Masa itu kami berusia 17 tahun.Dan Shahril bersekolah lain dengan Amran.Daripada situ shahril rapat juga dengan amran,dan amran pun kenal James,Fadino adna juga Zul Fahmi.
Shahril mempunyai hobi yang unik, kalau korang baca biodata shahril pon itu hobi biasa tapi hobi shahril sebenar ialah shahril suka buat kajian dan penelitian dalam menyelesaikan bab-bab masalah dalam komputer ini dan untuk kebaikan kesemua pihak ,akan tetapi ada juga hasil yang gagal-berjaya, perfect dan macam-macam lagi.Shahril banyak menghabiskan masa belajar komputer ini semenjak dari tingkatan 4 dan sehingga sekarang ini.

The 1st Teamwork
Masa shahril di tingkatan 4 shahril banyak menumpukan skill bina laman web, lepas tu pada tahun 2001 shahril start nak buat buku yang di namakan project Black.Book.Hacker dengan bantuan daripada Amran.Well sehingga kini shahril dgn Amran telah mengumpulkan hasil kajian sebanyak 78 Tips atau cara nak crack fail windows dan software lain tanpa menggunakan perisian daripada luar hanya perlu Windows 98 dengan DOS je.

Upgrade Ilmu
Walau macam mana pon shahril ucapkan terima kasih kepada kawan yang bernama James Benjamin sebab dia yang bnyak mengajarkan shahril basic menggunakan windows sehingga shahril "sendiri-sendiri" UP level.Zul Fahmi seorang yang optimis dan juga,pengritik yang hebat ,manakala Amran pula banyak membuka ruang ke "upper level".

Shahril yakin dengan usaha,belajar,praktik dan berlatih shahril yakin shahril boleh mencapai impian shahril.Rakan-rakan di Putera.com pun shahril tak boleh lupakan walau pon shahril join dengan mereka pada tahun 2003 untuk waktu yang singkat.

Shahril membuat keputusan untuk belajar kemahiran Rangkaian Komputer di Kolej Yayasan Melaka pada tahun 2003.Di sini lebih ramai kawan dan pengalaman baru yang wujud dalam hidup shahril ;)
Insyaallah,kalau di lapangkan rezeki (ilmu) shahril mungkin akan letakan seperti tips di atas ke laman web shahril okey
Shahril percaya shahril bukanlah dari golongan yang hebat,terbaik,bijak dan pintar.Tapi shahril percaya diri shahril memang berbakat : Aku pinjam quotes kawan aku :-p
Di taip pada : Isnin, 9 May 2005



Your Impression