Share this blog


Mutiara Kata



Selasa, April 26, 2005

MyExplorer 5

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.

Dokumentasi MyExplorer 5 & 6
Di Ceritakan semula oleh pembina MyExplorer ,Shahril

A'salam & selamat sejahtera,hari ini telah genap hampir setahun dalam pembinaan MyExplorer.Dalam jangka masa tersebut terdapat pelbagai fungsi,idea dan pendapat yang telah di berikan oleh berberapa orang mengenai perisian MyExplorer.

Malangnya pada 3hb Disember 2005,MyExplorer telah di revisi kan semula kepada MyExplorer5.Ini adalah kerana MyExplorer sebelumnya telah menemui jalan buntu bagi mengoptimakan fungsi dan penggunaanya.

Kini MyExplorer telah di gantikan dengan nama baru iaitu MyExplorer5 di mana MyExplorer5 telah di berikan lebih fungsi baru,lebih stabil dan mesra pengguna,untuk melayari internet.

Shahril masih lagi ingat bagaimana MyExplorer pada versi awal keluarannya untuk penggunaan umum,MyExplorer pada masa itu masih lagi simple dan mempunyai banyak pepijat,walaupun menggunakan render dan Engine daripada Microsoft Internet Explorer.


Gambar semasa MyExplorer mula-mula di bangunkan

Kemajuan Internet sekarang telah mendedahkan pengguna kepada serangan Spyware,Malware,Trojan dan juga Spam kepada komputer yang mempunyai aksess internet dan rangkaian,serta hampir kesemuanya datang daripada Internet(http),yang di mana terdapat sesetengah laman web akan meminta anda untuk meng install "Active X Control" yang memboleh kan perisian seperti Spyware,Malware dan juga trojan di install ke dalam komputer tanpa di sedari.

Penciptaan MyExplorer dan MyExplorer5 adalah dalam proses untuk membina pelayar internet yang berbahasa melayu,mesra pengguna,menjimatkan ruangan penggunaan "heap memori",ringan,pelayaran internet yang lebih laju dan selamat.

Oleh itu shahril hanya dapat memberikan dokumentasi mengenai MyExplorer baru ini kepada anda untuk melihat,mencuba dan memberikan pendapat mengenainya.Serta Shah akui penggunaan render daripada Internet Explorer adalah tidak bagus ,tetapi buat masa ini ianya akan menggunakan render Internet Explorer dan yang akan datang MyExplorer akan menggunakan render engine yang sendiri.


Gambar MyExplorer5..terbaik pada warna 32 atau 64 bit resolusi


Gambar MyExplorer6..jauh lebih stabil dan mesra pengguna,terbaik pada warna 32 atau 64 bit resolusi

Klik sini untuk mengetahui apa yang telah terjadi pada MyExplorer (2023)




Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan