Share this blog


Mutiara Kata



Tujuh Keajaiban Dunia Purba & Baharu

Halaman ini merupakan salah satu daripada halaman Shahril83.cjb.net (legacy) klik icon bookmark ini untuk ke menu lain-lain.

Suatu ketika dahulu,di laman web shahril di geocities.Shahril ada menulis content mengenai "7 Keajaiban Dunia" dan artikel yang menakjubkan daripada arkelogi ketamadunan manusia

Tidak dapat dinafikan untuk shahril mencari semua artikel tersebut banyak yang telah hilang di telan masa.Kewujudan WayBack memudahkan shahril untuk mendapatkan semula sumber tersebut.

Kredit "7 Keajaiban Dunia Purba" daripada http://variasari.cjb.net yang telah hilang di telan masa,dan juga selaku rakan web-link suatu ketika dahulu.


Walaupun kebanyakan orang tahu bahawa suatu senarai wujud daripada Tujuh Keajaiban Dunia,Tidak semua orang boleh menamakan senarai itu.Senarai daripada Tujuh Ketakjuban Dunia Purba itu pada mulanya disusun di sekitar abad ke-2 BC.Rujukan pertama senarai itu terdapat didalam lipatan sejarah ,untuk Herodotus seperti masa dulu seperti abad ke-5 BC.

10 tahun selepas itu,ahli sejarah Greece menulis tentang tugu peringatan yang terbesar pada zaman itu.Callimachus Cyrene (305 BC-240 BC) , Pustakawan Utama untuk Alexandria Mouseion,menulis "Senarai Lengkap dan benda ajaib" atau "A Collection of Wonders around the World"

Senarai terakhir daripada Tujuh Ketakjuban itu disusun semasa Umur Tengah.Senarai terdiri tujuh tugu peringatan yang paling hebat untuk Dunia purba,beberapa yang mana baru sahaja selamat ke Umur Tengah.Yang lain tidak pun wujud.Di antara rujukan yang paling lama ke senarai ikut hukum gereja adalah ukiran oleh seniman Belanda itu Maarten van Heemskerck (1498-1574) , dan Sejarah Seni Bina Johann Bernhard Fischer von Erlach.

Hari ini,bukti arkelogi mededahkan beberapa misteri yang menakjubkan dunia.Pembinaan momunem itu kebiasaanya berkaitan dengan agama,mythology,kesenian,pemujaan,kuasa dan sains.Untuk kita,orang zaman dahulu telah membuktikan bahawa mereka dapat membina bangunan,arca tugu yang mengkagumkan untuk generasi manusia zaman ini.



Peta wujudnya 7 monumen Keajaiban Dunia Purba
By Kandi - Own work, CC BY-SA 3.0, Link

Piramid di Mesir
~ Masih wujud

Piramid adalah antara tujuh keagungan dunia yang diketahui ramai akan kewujudannya.Ia adalah yang terunik-satu antara berjuta. Malah ia juga satu-satunya keajaiban yang masih wujud hingga kini. Ia terletak di Giza,bandar purba Memphis dan kini sebahagian daripada Cairo,Egypt. Terdapat tiga piramid yang terkenal iaitu Piamid Khufu,Piramid Menkaure dan Piramid Khefre.



Pius Lee/Dreamstime.com

Sejarah Pembinaan Piramid

Monumen ini dibina oleh pharoah Khufu iaitu pemerintah dinasti ke-empat,kira-kira pada tahun 2560 SM berfungsi sebagai tempat persemadian baginda selepas kemangkatannya. Pembinaan piramid ini dikatakan tercanggih oleh masyarakat purba Egypt,kerana idea rekabentuknya yang sungguh menarik.Piramid ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk dibina iaitu selama 20 tahun.

Sebelum pembinaan,tapaknya harus disediakan dan segala peralatan dan batu-batan yang diperlukan dibawa ke tapak tersebut. Binaan piramid yang unik berbentuk segitiga adalah amat mengagumkan. Tapi yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana batu-batuan itu diletakkan di tempatnya. Berbagai-bagai telah teori dikeluarkan oleh para ahli saintis yang mengkaji monumen. Adanya yang mengatakan rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah. Teori kedua mengatakan batu-batuan tersebut diltakkan menggunakan alat pembinaan yang khas yang dicipta khas untuk kegunaan pemasangan piramid. Sewaktu ia dibina ia berukuran 145.75m (481 kaki) tinggi. Setelah tahun demi tahun berlalu,piramid telah hilang 10m (30 kaki) ketinggiannya akibat hakisan.

Ia telah disenaraikan sebagai salah satu bangunan tertinggi dunia selama 43 abad sehinggalah ketinggiannya disedari berkurang pada kurun ke-19 AD. Piramid amat dikagumi pada zaman dahulu. Malah sewaktu Napolean Bonarparte yang berjaya menawan Egypt pada tahun 1798,dia telah memuji dan mengagumi binaan piramid. Struktur ini terdiri daripada kira-kira 2 juta blok batuan,dengan berat satu-satu batu tersebut melebihi 2 ton. Jika dibuat perbandingan,blok batu-batuan dari ketiga-tiga piramid ini boleh digunakan untuk membina tembok besar mengelilingi Perancis. Kawasan yang diliputi oleh piramid adalah bersamaan gabungan kawasan St.Peter's di Rom,Cathedral di Florence dan Milan,Westminster dan St.Paul's di London.

Di kawasan berhampiran piramid ini juga ditemui tahun 1798 sebuah bot yang digunakan untuk membawa mayat raja-raja khufu sebelum ia dibawa untuk disemadikan di dalam piramid dan ia juga dikatakan sebagai kenderaan terakhir buat seorang raja sebelum ia disemadikan buat selama-lamanya. Di bahagian piramid yang mengadap utara terletaknya pintu masuk. Di dalam piramid tersebut terdapat beberapa korridor,galeri dan jalan tersembunyi yang samada menghala ke tempat persemadian raja-raja ataupun ke tempat lain.(laluan ini tidak diketahui fungsinya!) Di hadapan pintu masuk monumen ini juga terdapat dua buah batu yang berbucu tajam,berukuran 3m (10 kaki) panjang,2.4m (8 kaki) tinggi dan 1.3m (4 kaki) tebal.

Yang menariknya,blok batu-batuan ini disusun dengan begitu rapat sehinggakan sekeping kad pun tidak dapat memasuki celahan pada batu. Kini,bangunan piramid masih ada bersama bangunan Sphinx menjadi kawasan kunjungan pelancong ke Giza.


Masih wujud, sebahagian besar fasad hilang

Taman Tergantung Babylon
~ Tiada/Musnah

Buah-buahan,bunga-bungaan,pelbagai haiwan dan air terjun,semuanya terdapat dalam taman gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates,kira-kira 50km selatan Baghdad,di Iraq.



Universal History Archive/Universal Images Group/Getty Images

Sejarah Pembinaan Taman Tergantung Babylon

Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu,iaitu Raja Hammurabi(1792 -1750SM). Anaknya,Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang telah membina taman ini. Menurut legenda,taman ini dibina oleh baginda sebagai menghargai isterinya dan gundik-gundiknya.

Kewjudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Namun adalah dikatakan taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna,yang menarik dan amat menakjubkan sehingga terpesona sesiapa sahaja yang melawatnya. Hinggalah kurun ke-20,ahli kajipurba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar,namun kesan peninggalannya telah lama pupus.

Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceriktakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun,menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang.


Tidak diketahui : Selepas abad ke-1 Masihi

Kuil Artemis di Ephesus
~ Tiada/Musnah

Artemis,satu tempat penyembahan atau kuil yang teragung pada dunia purba. Ia bukan sahaja sebuah tempat penyembahan tetapi ia memepunya rekabentuk yang begitu menarik dan unik. Ia terletak di bandar purba,Ephesus berhampiran bandar Selcuk,kira-kira 50km selatan Izmir di Turki. Ia dibina sebagai menghargai tuhan perburuan dan alam semulajadi.



DEA Picture Library/De Agostini/Getty Images

Sejarah Pembinaan Kuil Artemis

Struktur tempat penyembahan ini dibina pada 550SM walaupun tapaknya telah lama dicadangkan iaitu pada kira-kira 7SM. Dikenali dengan tempat penyembahan bermarmar,pembinaanya ia telah dibiayai oleh Raja Lybia pada ketika itu,iaitu Raja Croesus dan ia telah direkabentuk oleh ahli arkitek terkenal ketika iti iaitu Chersiphron. Ia juga dihiasi ukiran gangsa yang diperbuat oleh pengukir terkenal ketika itu seperti Pheidias,Polycleitus,Kresilas,and Phradmon.

Artemis berbentuk segiempat tepat dan diperbuat dai marmar dan ia dihiasi pelbagai barangan perak,emas dan gangsa. Ia berukuran 80m (260 kaki) lebar berserta kepanjangan 130m (430 kaki) dengan ketinggian tiang-tiangnya pula adalah 20m (60 kaki). Ada lebih kurang 127 tiang disusun sepenuhnya di dalam kuil tersebut.

Selain berfungsi sebagai kuil,ia juga digunakan sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama. Selama ia tersergam indah,ia dilawati oleh pelbagai golongan masyarakat seperi pedagang,pelawat,artisan dan raja-raja yang membayar nazar di atas kegemilangan kerajaan mereka.

Pada malam 21 Julai 356SM,seorang lelaki bernama Herostratus telah membakar Artemis kerana kononnya dengan cara ini,dia akan dapat pembebasan dari dosa. Hari ini juga menjadi satu hari bersejarah kerana pada malam tersebut juga lahirnya tokoh teragung dunia iaitu Alexander The gReta (Iskandar Zulkarnain). Malah ada yang megatakan,"Tuhan terlalu sibuk menolong kelahiran Alexander hingga lupa menjaga Artemis". Beberapa selepas itu,Alaxender menawan Asia Minor dan beliau telah menolong membina semula Artemis.

Seorang penyebar agama Kristian,St Paul telah datang ke Ephesus untuk menyebarkan agama Kristian. Beliau telah diberi tentangan hebat dari penduduk tempatan yang amat fanatik dengan agama mereka ketika itu. Pada 262AD,Artemis sekali lagi dilanda bencana buruk dan penduduk Ephesus telah bersumpah untuk membinanya semula. Namun,pada ketika itu,banyak penduduk Artemis mula menerima ajaran agama Kristian dan agama asal mereka mulai ditinggalkan. Oleh itu,Artemis akhirnya diabaikan dan ia kemudiannya dimusnahkan terus oleh St John Chrysostom.

Kini yang tinggal hanya serpihan-serpihannya sahaja. Para ahli kajipurba telah menemui sebahagian tiang-tiang di tapaknya. Malah ada juga dijumpai barangan dari perak dan gangsa seperi rantai,gelang,pinggan mangkuk yang rekaannya hampir sama dengan yang dijumpai di India dan Parsi. Dan ini jelas menunjukkan adanya hubungan Ephesus dengan negara luar.

Kata Philo dari Byzantium:

Saya pernah melihat Taman Tergantung Babylon, Berhala Zeus di Olympia, Patung Raksasa Rhodos, seni agung Piramid serta Makam Mausollos. Tetapi kuil di Ephesus yang bangun mencecah awan ini meneduhi keajaiban-keajaiban yang lain itu.

Pembakaran oleh Herostratus , rompakan : 356 SM (oleh Herostratus) , AD 262 (oleh Goth)

Rumah Api Alexendria
~ Tiada/Musnah

Di antara ketujuh-tujuh keajaiban dunia,bangunan ini adalah yang paling mendatangkan banyak manfaat tertutamanya kepada pelayar. Bagi mereka,ia dapat menyelamatkan kapal dan menberi kesalamatan untuk berlabuh. Bagi arkitek,ia adalah satu-satunya bangunan tertinggi di dunia pada ketika itu. Bagi para saintis pula,cermin yang digunakan di dalam rumah api tersebut adalah amat mengagumkan kerana ia dapat memantulkan cahaya melebihi 50km dari tebing pantai. Rumah api ini terletak di pulau Pharos yang kini berada di bawah kawasan Alexandria di Egypt.



De Agostini/Getty Images

Sejarah Pembinaan Rumah Api Alexendria

Selepas kemangkatan Alexander the Great (Iskandar Zulkarnain),komandernya Ptolemy Soter mengambil alih kuasa do Egypt. Beliau sendiri telah menyaksikan penemuan Alexandria dan membangunkannya sebagai pusat pentadbiran. Berhampiran Alexandria,terdapat sebuah pulau kecil yang dikenali dengan Pharos. Menurut lagenda,nama asal pulau tersebut adalah Pulau Pharoah. Ia menjadi perlabuhan utama bagi Alexandria dan oleh itu,pembinaan rumah api amat diperlukan. Rumah api ini terdiri dari tiga peringkat:

Peringkat terbawah berbentuk segiempat tepat berukuran 55.9m (183.4 kaki) tinggi dengan kawasan tengah berbentuk ortogonal dengan ukuran 18.3m (60.0 kaki) dan ketinggian 27.45m (90.1 kaki) dan peringkat ketiga adalah 3.7m (24 kaki). Jumlah ketinggian bangunan ini termasuk tapaknya adalah 117m (384 kaki) iaitu bersamaan ketinggian bangunan 40 tingkat yang ada pada masa kini. Projek untuk membina rumah api ini telah dicadangkan dan dijalankan oleh Ptolemy sendiri pada 290SM tetapi pembinaannya selesai selepas kematian beliau,iaitu di bawah pemerintahan puteranya.

Struktur binaanya dicipta oleh Sostratus tetapi kiraan bagi membina bangunan tersebut dilakukan oleh sekumpulan arkitek di perpustakaan Alexendria dan Mouseion. Monumen ini dibina sebagai penghormatan pada dua insan yang dianggap sepeti tuhan:- Ptolemy Soterdan isterinya,Berenice. Berkurun lamanya,rumah api ini digunakan sebagai tanda perlabuhan dan menunjuk jalan bagi para pelayar. Malah,ia dikagumi sehinggakan ia dijadikan lambang di wang syiling Roman yang digunakan pada masa kini.

Apabila orang Arab menawan Egypt,mereka mengagumi kekayaan Alexandria dan juga perlabuhannya.Rumah api tersebut terus digunakan bagi memberi perkhidmatan bagi pelayar. namun setelah pemerintahan bertukar tangan,pusat pemerintahan telah berpindah ke Cairo menyebakan Alexandria kembali sepi semula. Rumah api tersebut menjadi kurang berfungsi,tambahan pula cerminnya telah dikeluarkan dan tidak dikembalikan semula ke tempat asalnya.

Pada 956 AD,gempa bumi melanda Alexandria menyebabkan ia merosakkan sebahagian struktur rumah api. Menurut pelayar terkenal Arab,Ibn Battutta yang melawat Alexandria pada tahun 1349,beliau tidak langsung dapat memasuki rumah api ini kerana kerosakkannya akibat gempa tersebut. Akhirnya,rumah api dan Alexandria diabaikan terus. Walaupun,rumah api ini tidak wujud lagi kini,ia masih meninggalkan pengaruhnya dari pelbagai aspek. Ia menjadi rujukan bagi arkitek lain yang ingin membangunkan rumah api.


Musnah akibat gempa bumi : SM 1303–1480

Berhala Zeus di Olympia
~ Tiada/Musnah

Zeus adalah merupakan salah raja di antara tuhan-tuhan yang disembah oleh penduduk Greek. Patung Zeus ini dibina bagi menghargai acara sukan yang terulung yang diadakan pada ketika itu iaitu Sukan Olimpik. Kebaikan yang dibawa oleh sukan ini adalah ia dapat merapatkan hubungan antara negara-negara yang terlibat. Dan yang paling bermakna adalah sewaktu berlangsungnya sukan ini,perang yang pada ketika itu sedang kemuncak telah dapat dihentikan. Sukan ini telah disertai oleh atlit-atlit dari Asia Minor,Syria,Egypt dan Sicily dengan tujuan bersukan dan di samping itu melakukan kewajipan mereka iaitu untuk menyembah Zeus. Patung Zeus ini terletak di bandar purba,Olympia di pantai barat bandar moden Greece,kira-kira 150km barat Athens.



Hulton Archive/Getty Images

Sejarah Pembinaan Patung Zeus

Sukan Olimpik telah bermula pada 776SM,mengikut kalendar purba Greek. Sebelum bermulanya sukan terulung tersebut,penduduk Greek telah merancang untuk membina sebuah tempat penyembahan tuhan mereka,Zeus. Tempat penyembahan yang mengagunkan ini telah direkabentuk oleh seorang ahli arkitek yang bernama Libon dan ia dibina pada 450SM.

Di bawah kuasa kerajaan purba Greek,tempat penyembahan ini kelihatan begitu kosong,tidak menarik dan ia perlu dilakukan banyak perubahan. Setelah penduduk Greek berbincang,akhirnya suatu penyelesaian telah ditemui. Untuk menjadikan tempat penyembahan ini menarik,sebuah patung yang menarik harus dibina. Sekumpulan pengukir Athenia telah diberi kepercayaan untuk melakukan kerja tersebut dengan berdasarkan hasil kerja Michealangelo yang ketika itu berada di Sistine Chapel.

Tapak bagi patung Zeus adalah berukuran kira-kira 6.5m (20 kaki)lebar dan ketinggian 1.0m (3 kaki). Ketinggian patung ini pula adalah 13m (40 kaki) yang tingginya bersamaan dengan bangunan 4 tingkat. Beberapa tahun berikutnya,tempat penyembahan tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelancong terutamanya yang ingin menyembah Zeus. Pada kurun pertama SM,pemerintah Roman,Caligula berhajat untuk memindahkan patung Zeus tersebut ke neegaranya,Rome. Tetapi hajatnya tidak tercapai kerana alat yang dibina untuk memindahkan patung tersebut telah musnah.

Pada kurun ke-2 SM,pembaikan dibuat pada patung Zeus kerana berlakunya penghakisan yang disebabkan oleh cuaca. Setelah berlakunya pengharaman Sukan Olimpik pada 391 AD oleh maharaja Theodosius Las Pagan,tempat penyembahan ini diperintahkan supaya ditutup. Pada kurun ke-5 AD,Olympia telah mengalami bencana alam yang teruk. Berlakunya banjir,gempa bumi,tanah runtuh yang menyebabkan kemusnahan teruk pada tempat penyembahan ini kecuali patung Zeus.

Patung Zeus terselamat kerana sebelum berlakunya kejadian ini,ia telah dipindahkan ke sebuah istana di Constantinople. Di sini,ia kekal selamat sehinggalah berlakunya kebakaran teruk pada 462 AD di mana ia telah memusnahkan terus patung ini. Pada hari ini,tiada lagi kesan-kesan tinggalan tempat penyembahan ataupun patung Zeus yang dahulunya menjadi rebutan pemerintah. Yang tinggal kini hanyalah batu-batuan dan serpihan tiang-tiangnya sahaja. Bagi kita yang tidak pernah melihatnya,kita hanya dapat membayangkan betapa hebatnya patung ini sehinggakan ia menjadi salah satu hasil kerja ukiran terbaik yang dihasilkan oleh orang Greek yang menjadi keagungan dunia!


Dibongkar dan dipasang semula di Constantinople; kemudiannya dimusnahkan oleh api : Abad ke-5–6 Masihi

Makam Maussollos di Halicarnassus
~ Tiada/Musnah

Mausoleum adalah sebuah bangunan yang mirip-mirip piramid,yang berfungsi sebagai tempat penyemadian raja-raja purbakala. Tetapi Mausoleum ini berbeza dari Piramid. Ia bukan terkenal dari rekabentuknya sahaja,tetapi ia lokasinya juga unik iaitu berhampiran dengan Tempat penyembahan Artemis dan yang menjadi tarikan utama bangunan ini adalah kubur-kubur yang besar dan menarik hati para pengunjung. Ia terletak di negeri Bodrum (juga dikenali dengan Halicarnassus) berhampiran Lautan Aegean,barat daya Turki.



Sipley/ClassicStock/Getty Images

Sejarah Pembinaan Mausoleum

Sewaktu kuasa Parsi meluaskan kuasa jajahannya di Mesopotamia,Utara India,Syria,Egypt dan Asia Minor,pemerintahnya tidak dapat menguruskan pemerintahan kesemua wilayah jajahannya tanpa bantuan dari para gabenor yang dikenali dengan Satraps. Dari tahun 377 hingga 353 SM,raja Mausollos dari Caria telah mengubah pusat pemerintahannya ke Halicarnassus. Tiada peristiwa menarik dan kejayaan gemilang yang telah dicapai oleh beliau. namun,kuburnya dibina dengan begitu indah. Pembinaan kubur beliau dilaksanakan oleh isteri dan adiknya,Artemisia dan ia telah dimulakan sewaktu hayat beliau lagi.

Bangunan ini telah selesai pembinaannya pada 350 SM,tiga tahun selepas kemangkatan Maussollos dan setahun selepas kemangkatan Artemisia. Bangunan ini adalah berbentuk segiempat tepat dengan ukuran tapak kira-kira 40m (120 kaki) X 30m (100 kaki). Tempat terletaknya makam-makam diraja dihiasi emas dan diletakkan di tengah-tengah bangunan. Setiap makam akan dihiasi dengan patung lelaki menaiki kereta kuda (chariot) yang ditarik oleh empat ekor kuda. Jumlah ketinggiannya keseluruhan bangunan adalah 45m (140 kaki) dan ia dibahagikan ke ukuran-ukuran tertentu untuk setiap bahagian dalam Mausoleum.

Selama 16 kurun,bangunan ini kekal dalam keadaan yang baik sehinggalah berlaku gempa bumi yang menyebabkan berlakunya banyak kemusnahan terutamanya pada atap dan tiang-tiangnya. Pada awal kurun ke-18,"The Knights of St.John" dari Malta telah menawan kawasan tersebut dan membina sebuah istana khas untuk dirinya. Akhirnya,beliau mengambil keputusan untuk menyerah kalah pada tahun 1494.
Pada tahun 1522,hampir semua blok tinggalan bangunan ini dikumpulkan untuk tujuan pembinaan yang lain. Kini,bangunan ini tidak wujud lagi. Ia ada hanyalah sebahagian dinding struturnya. Ini termasuk patung-patung dan lukisan yang menerangkan tentang peristiwa perang antara orang Greek dan Amazon. Yang menjadi keagungan kini adalah hanya tapak pembinaan bangunan ini semata-mata.


Gempa bumi : Abad ke-12–15 Masihi

Colossus Di Rhodes
~ Tiada/Musnah

Colossus adalah merupakan sebuah patung yang besar. Ia membawa maksud "penyatuan" bagi penduduk yang tinggal di kawasan Pulau Mediterranean,yang dikenali sebagai Rhodes. Patung ini telah wujud selama 56 tahun selepas pembinaannya.Ia menjadi salah satu dari 7 keajaiban dunia pada suatu ketika dahulu. Banyak pendapat mengatakan walaupun ia hanya tinggal serpihan,ia masih menjadi kebanggaan kerana senibinanya yang unik dan menarik. Ia terletak di pintu masuk perlabuhan Pulau Mediterranean,Rhodes di Greek. Perlabuhan ini dikenali sebagai Perlabuhan Mandraki.



Fine Art Images/Heritage Images/Getty Images

Sejarah Pembinaan Colossus

Pulau Rhodes terdiri daripada tiga wilayah iaitu: Ialysos,Kamiros,and Lindos.Pada tahun 408 SM,kesemua wilayah ini telah bercantum untuk mewujudkan satu wilayah (negera) pentadbiran yang lebih besar di mana Rhodes dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Wilayah gabungan ini mempunyai pertalian ekonomi yang kuat salah sebuah wilayah di Egypt,yang dikenali dengan Ptolemy I Soter. Pada 305SM,satu kumpulan yang merupakan musuh ketat penduduk Ptolemy telah mencerobohi Rhodes dan cuba menghasut penduduk-penduduknya supaya membatalkan perjanjian ekonomi mereka dengan penduduk Ptolemy. Walau bagaimanapun,segala usaha kumpulan ini gagal kerana penduduk Rhodes telah bersatu hati menentang segala kekejaman ini. Akhirnya,penduduk Rhodes telah melakukan perundingan damai pada 304SM dan ahli kumpulan anti Ptolemy ini telah bersetuju meninggalkan Rhodes bersama-sama pelbagai alatan peperangan yang mereka gunakan pada masa itu. Sebagai menyambut kemenangan mereka ini,penduduk Rhodes telah menjual segala peralatan perang yang ditinggalkan dan menggunakan hasilnya untuk menghasilkan sebuah patung yang besar (yang dipanggil Colosus) sebagai menghargai kurniaan tuhan mereka iaitu Tuhan Matahari,Helios

Patung ini dicipta oleh seorang pengukir terhandal iaitu Chares dari Lindos. Patung ini diberbuat dari gangsa dan tapaknya diperbuat dari marmar putih yang berkualiti tinggi. Ia berukuran 33m (110 kaki)tinggi dan jika ia tumbang,ia boleh menimpa orang sehingga tenggelam ke dasar tanah.

Pembinaan Colossus mengambil masa 12 tahun dan ia telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 282SM. Selama bertahun-tahun lamanya,ia tersergam indah sehinggalah berlakunya gempa bumi yang dahsyat pada 226SM. Bandar Rhodes telah musnah teruk akibat bencana alam ini dan Colossus telah mengalami kerosakan teruk . Penduduk Rhodes selepas itu telah menerima tawaran dari seoarang kenamaan Egypt untuk memperbaiki monumen tersebut tetapi malangnya,patung tersebut tidak dapat dipulihkan semula dan tawaran tersebut terpaksa ditolak oleh penduduk Rhodes.

Colossus dibiarkan terabai di tapaknya. Pada tahun 654,Arab telah menakluk Rhodes dan segala serpihan Rhodes telah dijual kepada seorang pedagang Yahudi dari Syria. Akhirnya patung yang dahulunya menjadi kebanggaan ini,hilang terus dan tiada lagi sebarang peninggalannya untuk dilihat oleh generasi yang akan datang. Walaupun begitu,ia dijadikan sebagai sumber inpirasi bagi pengukir-pengukir yang lain.


Musnah akibat gempa bumi : 226 SM


Pada tahun 2007, Yayasan 7 Keajaiban Baharu mengadakan pertandingan untuk menamakan "7 Keajaiban Dunia Baharu." Puluhan juta orang mengundi untuk Tapak Warisan Dunia UNESCO yang membuat senarai itu. Merentasi 4 benua dan menarik ribuan pelancong setiap tahun.

7 Keajaiban Dunia Baharu ialah:
Colosseum,Rom,Itali


By FeaturedPics - Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=95579199

Colosseum adalah amfiteater bujur yang hebat di tengah-tengah Rom,di mana gladiator pernah berjuang untuk hidup mereka. Amfiteater terbesar pernah dibina,ia dibina daripada pasir dan batu selama lapan tahun,dari AD72 hingga AD80. Struktur yang sangat besar itu boleh memuatkan 80,000 penonton,disusun dalam lingkaran bulat di sekeliling pentas tengah. Peristiwa dramatik dan kadangkala mengerikan berlaku di sini,bukan sahaja permainan gladiator,tetapi juga drama Klasik,pemburuan haiwan dan hukuman mati. Ada yang mengatakan air bahkan dipam ke dalam arena untuk melancarkan pertempuran laut olok-olok. Sebahagiannya rosak akibat gempa bumi dan perompak batu selama berabad-abad,Colosseum masih menjadi kenang-kenangan ikonik sejarah Rom,dikunjungi oleh beribu-ribu pelancong setiap tahun,jadi wajarlah ia akan menjadi senarai tujuh keajaiban dunia hari ini.

Tembok Besar China,China


By Nicolas Perrault III - Karya sendiri, CC0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=11726877

Tembok Besar China ialah penghalang besar yang menjangkau beribu-ribu batu di sepanjang sempadan utara China yang bersejarah. Dicipta selama beribu tahun,tembok itu memulakan kehidupannya sebagai satu siri dinding yang lebih kecil sejak abad ke-7 SM,dibina sebagai penghalang pelindung terhadap serbuan nomad. Pada 220 SM,Maharaja pertama China Qin Shi Huang mendalangi penyatuan semua tembok China menjadi satu penghalang yang maha kuasa,mengukuhkan dan memanjangkan tembok untuk menghalang penceroboh utara. Hari ini tembok itu diiktiraf sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban,yang,termasuk semua cabangnya,berukuran 13,171 batu.

Taj Mahal,India


By Taj_Mahal,_Agra,_India_edit2.jpg: Yann; edited by King of Heartsderivative work: Jbarta (talk) - Taj_Mahal,_Agra,_India_edit2.jpg, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=17075129

Taj Mahal (Parsi untuk Mahkota Istana) yang terkenal di India ialah makam marmar putih yang menakjubkan di tebing Sungai Yamuna di bandar Agra,dan ia telah dipilih sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Maharaja Mughal,Shah Jahan membina kuil itu sebagai makam untuk isteri tercintanya Mumtaz Mahal,yang meninggal dunia semasa melahirkan anak pada tahun 1631. Sebuah makam marmar di tengahnya dikelilingi oleh kawasan seluas 42 ekar,di mana taman,masjid,rumah tamu dan kolam renang lengkap. kompleks itu. Keseluruhan projek mengambil masa lebih 22 tahun untuk disiapkan oleh 20,000 pekerja dengan kos 32 juta rupee (sekitar AS$827 juta mengikut piawaian hari ini). Tetapi kerja keras itu membuahkan hasil – hari ini Taj Mahal diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO,dan komponen penting dalam sejarah Mughal yang kaya di India.

Christ the Redeemer,Brazil


By Artyominc - Template:Artyom Sharbatyan, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=9515642

Patung totemik Christ the Redeemer berdiri di puncak Gunung Corcovado terletak di bandar Rio de Janeiro. Dengan ketinggian 30 meter,monumen ini merupakan lambang ikonik Brazil. Karya seni awam yang besar ini direka oleh pengukir Poland-Perancis Paul Landowski pada tahun 1920-an dan disiapkan oleh jurutera Brazil Heitor da Silva Costa dan jurutera Perancis Albert Caquot pada tahun 1931. Diperbuat daripada konkrit bertetulang yang dibalut dengan lebih 6 juta jubin batu sabun,Christ the Redeemer ialah arca "Art Deco" terbesar di dunia. Ianya dibina sejurus selepas tamat Perang Dunia Pertama,arca itu adalah simbol agama Kristian dan harapan yang sangat kuat apabila dunia telah berada di ambang peperangan,jadi tidak hairanlah bahawa monumen ini disenaraikan untuk tujuh keajaiban hari ini.

Machu Picchu,Peru


By Pedro Szekely at https://www.flickr.com/photos/pedrosz/ - https://www.flickr.com/photos/pedrosz/2115782565/, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=14660546

Machu Picchu ialah khazanah yang hilang pada abad ke-15,sebuah kubu yang jarang ditemui yang ditemui tinggi di pergunungan Andes di atas Lembah Suci Peru. Anehnya,ia adalah satu-satunya runtuhan pra-Columbus yang ditemui hampir utuh,memaparkan bukti bekas plaza,kuil,teres pertanian dan rumah. Ahli arkeologi percaya benteng itu dibina sebagai ladang untuk maharaja Inca Pachacuti pada sekitar 1450 di dinding batu kering yang digilap. Orang Inca meninggalkan tapak tersebut seabad kemudian dan ia kekal tersembunyi selama beribu tahun,sebelum dibawa ke perhatian umum oleh ahli sejarah Amerika Hiram Bingham pada tahun 1911. Kerana pemeliharaan yang luar biasa ini,ia diiktiraf hari ini sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban.

Chichén Itzá,Mexico


By Daniel Schwen - Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=7647000

Jauh di negara Yucatán Mexico terletak Chichen Itza,sebuah bandar Maya bersejarah yang dibina antara abad ke-9 dan ke-12. Dibina oleh puak Maya pra-Columbus Itzá,bandar ini termasuk beberapa siri monumen dan kuil. Yang paling terkenal ialah El Castillo,juga dikenali sebagai Kuil Kukulcan. Ia adalah piramid langkah besar di tengah-tengah bandar yang dibina sebagai kuil penyembahan kepada dewa Kukulkan. Secara keseluruhan,keseluruhan kuil mempunyai 365 anak tangga,satu untuk setiap hari dalam setahun. Lebih mengagumkan lagi,semasa ekuinoks musim bunga dan musim panas,matahari tengah hari memancarkan bayang-bayang segi tiga menuruni tangga utara piramid yang menyerupai ular berbulu yang merayap di permukaannya,menuju ke arah kepala ular batu di pangkalan - tidak hairanlah ia adalah salah satu daripada tujuh keajaiban. hari ini!

Petra,Jordan


By Susanahajer, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=35798017

Petra,bandar purba di selatan Jordan,juga dikenali sebagai "kota mawar" kerana warna keemasannya. Ia bermula sejak 312 SM. Terletak di lembah terpencil,bandar purba ini diasaskan oleh Arab Nabataeans,sebuah tamadun canggih yang mengukir seni bina yang menakjubkan dan laluan air yang kompleks daripada muka batu di sekelilingnya. Orang Nabateans juga menubuhkan Petra sebagai hab perdagangan yang berjaya,memperoleh kekayaan yang besar dan populasi yang berkembang pesat sebelum musnah akibat gempa bumi. Tidak diketahui dunia Barat selama berabad-abad,bandar itu ditemui pada tahun 1812 oleh penjelajah Switzerland Johann Ludwig Burckhardt. Penyair dan sarjana abad ke-19 John William Burgon menyifatkan Petra sebagai "kota merah mawar yang separuh tua dari masa."



Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan