Share this blog


Mutiara Kata

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Isnin, Mac 31, 2025

Salam Aidilfitri,Salam Kosong-Kosong



Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Ketika tangan tak mampu berjabat,

Kaki tak dapat melangkah,

Hanya hati yang mampu berbisik,

Mohon maaf atas segala kesalahan.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun jauh beribu batu,

Tapi ingatan tetap selalu,

Kukirim ucapan pengganti diriku,

Agar Aidilfitri indah buatmu.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan