Entah mengapa tiba-tiba boleh terjumpa fail-fail dalam PC terjumpa berberapa gambar device vape shahril dulu.Ini minta shahril buatkan satu post blog pasal vape la ni.
Untuk pengetahuan semua,semasa shahril menulis blog pasal vape ini,shahril telah berjaya bebas daripada ketagihan nikotin setelah bertahun-tahun berjuang mental/fizikal untuk berhenti merokok dan vape.Syukur pada tahun 2019-2020 shahril berjaya berhenti vape.9 Bulan masa shahril vaping,manakala hampir 18 tahun shahril menjadi perokok tegar.Kesemuanya berakhir pada tahun 2020
The Story Begin
Terpengaruh dengan Rokok
Shahril terpengaruh dengan merokok semasa di usia 19 atau 20 tahun,erti kata lain.Terpengaruh dengan rokok selepas sekolah menengah dan telah memasuki ke alam pekerjaan.shahril terpengaruh daripada salah seorang ahli keluarga yang jauh,Mula-mula cuba-cuba sahaja,lama kelamaan dah sekali terkena,terus tersangkut.
Rokok pertama yang di beli pada ketika tu Dunhill 10 Batang sekotak,harga tak silap pada waktu tu RM 3.50,tak lama kemudian kerajaan malaysia meletakan syarat pada pengeluar rokok untuk jualan rokok paling minimum ialah 20 Batang sekotak,serta penjualan rokok sebatang by sebatang tidak di benarkan sama sekali.Jika tertangkap pembeli atau penjual,ada boleh di tangkap dan di dakwa.
Vape
Dengan itu juga,shahril meletakan azam untuk mengantikan rokok dengan vape.Erti kata lain,jika shahril melayan vape,maka rokok shahril akan tinggalkan.Ini kerana shahril juga memang berniat untuk berhenti merokok.Maka di hari shahril melayan vape,pada hari itu juga shahril berhenti merokok dan adaptasi rokok sepenuhnya pada vape,dan vape pada waktu itu hanya sebagai untuk nikotine sahaja.
DTL dan MTL
- MTL = Mouth to Lung
- DTL = Direct to Lung
DTL (Direct to Lung)
- DTL ni merupakan satu kaedah menyedut vape yang terawal dulu dari zaman awal-awal Vape mula memasuki pasaran.
- Analogimudah, ibarat menghisap shisha, dimana penghisap perlu menyedut asap terus ke paru-paru seperti kaedah yang digunakan ketika menghisap shisha.
- Kebiasaannya setting OCC menggunakan sub-ohm dengan occ 0.6 be bawah bagi bukaan yang luas oleh device ketika menyedut. Lagi rendah bacaan Ohm, maka lagi luas bukaan untuk menyedut.
- Bagi penggemar DTL, mereka akan mencari device yang mempunyai bukaan 'airflow' yang luas bagi memenuhi sensasi DTL.
MTL (Mouth to lung)
- Ini kaedah yang biasa digunakan bagi pod-pod dengan kuasa watt yang rendah.
- Analogimudah difahami, cara menyedutnya adalah seperti menghisap rokok, dimanaanda perlu menghisap vape ke dalam mulut terlebih dahulu sebelum menariknya ke dalam paru-paru.
- MTL merupakan pilihan utama bagi perokok yang ingin berhenti merokok. Sensasi yang diberikan oleh MTL adalah sama dengan rokok.
- Biasanya bukaan 'airflow' bagi MTL adalah lebih kecil dan sempit, bagi OCC, kebiasaanyya penggemar MTL akan memilih OCC dengan 1.0 ohm dan ke ata
Sumber : https://facebook.com/MrVaporMalaysiaRetail/photos/a.119653546113602/487495369329416
Salt Nicotine
- 2,3-Pentanedione: Caramel, cream or cheese flavor (Perisa karamel, krim atau keju)
- Acetoin: Butter flavor (Perisa mentega)
- Cinnamaldehyde: Cinnamon flavor (Perisa kayu manis)
- Diacetyl: Butter or butterscotch flavor (Perisa mentega atau butterscotch)
- Vanillin: Vanilla flavors (Perisa vanila)
- Popcorn flavor (Perisa Popcorn)
Sumber : https://www.therecoveryvillage.com/drug-addiction/vegetable-glycerin-safe-vape
Vape Device
Vape Device MTL shahril pada tahun 2019-2020
| ||
Artery PAL I | Artery PAL II Pro | SmokeAnt Passito |
Info-nasihat
- Jika boleh berhenti Nicotine secara direct tanpa vape.Ianya amatlah di galakkan.
- Vape memerlukan kebersihan yang tinggi dan baik jika pengamal vape ingin menggantikan coil,kapas dan masukkan e-liquid de dalam alat vape tersebut.
- Keselamatan alat vape juga perlu di ambil kira jika kebocoran batteri terdedah dan mengelakkan daripada risiko kemalangan letupan semasa vape.
- Elak menggunakan vape pakai buang,atau disposal vape.Ini kerana OCC yang built-in di dalam device berkenaan tidak di ketahui tahap kebersihan kapas & coil di dalamnya.Jika ianya telah lama di gunakan.
- Kurangkan pengambilan nikotine dalam e-liquid secara beransur-ansur dapat membantu untuk berhenti vape.
- Belajar menegani stress kendiri.Apabila kurang vaping,mudah untuk berhenti vape.
- Jauhi & jangan ambil,atau sesekali mencuba THC.THC merupakan vape flavour ganja yang mempunyai risko yang lebih teruk daripada vape biasa.Oil THC boleh menutup saluran alveoli dan seterusnya boleh merosakan organ paru-paru.
'THC, which stands for tetrahydrocannabinol, is the substance in marijuana that gets you high. Research suggests that vaping THC oil - which is a common form among vapers may damage your lungs and increase your risk of negative side effects. Other ingredients in vape products can harm your lungs, as well' - Tegas shahril nyatakan.Vape bukanlah alat atau method untuk menggantikan rokok.Ini kerana vape juga ada terdapat risiko kesihatan.
Pengalaman
Jujurnya shahril tidak menggalakan vape.Shahril cuma sekadar berkongsi pengalaman dan info menceritakan shahril sebagai ex-vaper untuk informasi awam.
Bebaskan diri daripada ketagihan nikotine.Anda akan dapat merasai perbezaannya daripada segi kesihatan dan juga ekonomi
Your Impression
0 ulasan:
Catat Ulasan