Share this blog


Mutiara Kata



Khamis, November 09, 2023

Apakah itu SSD & HDD ?

Perbezaan antara SSD dan HDD ? 

Asalamulaikum & salam sejahtera,untuk kali ini shahril akan terus menerangkan apakah itu SSD dan perbezaannya dengan HDD

Akronim maksud SSD dan HDD

  • SSD : "Solid State Drive"
  • HDD : "Hard Disk Drive"

Perbezaan yang paling ketara ialan antara kelajuan dan jangkahayat Ramai yang tidak tahu SSD atau Memori Disk Drive ini mempunyai jangkahayat.

Teknologi NAND,awalnya boleh di lihat semasa "Thumb Drive","Flash drive" atau "Pen drive" di perkenalkan,oh ya tidak lupa jugak pada flash nano seperti SDCard atau M2 Sony

SSD dan Flash Drive 


Rajah "Samsung SSD 840 EVO SATA III 2.5 inch 120 GB SSD"

Rajah "Thumb Drive","Flash drive" atau "Pen drive"

Pada ketika ini storan yang terawal mempunyai kapasiti 512Mb dan kemudian terus berevolusi kepada storan kapasiti yang lebih besar ,serta teknologi antaramuka yg lebih laju diperkenalkan seperti daripada USB1.0 > 2.0 > 3.0 > 3.1 dan lebih besar bandwith input/ouput data di masa akan datang. 

 

  Contoh NAND Chip

NAND Chip dalam Flash Drive

NAND Chipset

Kemudian Teknologi NAND di aplikasikan ke bentuk Solid State Drive untuk pertama kalinya.Dan sudah tentu faktor jangkahayat untuk NAND chip drive,akan di naik taraf. SSD menggunakan memori flash berasaskan NAND, sejenis memori yang tidak mudah berubah atau nama mudahnya memory jenis ‘non-volatile’ (NVM). 

Dengan ini, data yang disimpan akan kekal dalam memory walaupun disk telah dimatikan. Inilah sebab kenapa SSD lebih laju daripada HDD dan kurang menggunakan tenaga.Akan tetapi SSD mempunyai satu kitaraan yang dikenali sebagai "TBW" atau istilahnya "TerraByte Written". 

Kiraan TBW ini boleh di lihat pada spefikasi SSD tersebut,Semasa pembuatan SSD on factory ,nilai TBW ialah penuh 100%.

Apabila SSD di ON atau di gunakan,nilai TBW ni sedikit demi sedikit akan berkekurangan sehingga nilai 0%.Akan tetapi indikator ini boleh di lihat di software seperti HDD Sentinel atau CystalDisk Info

Tips Memilih SSD

Dalam proses untuk memilih SSD ,tidak dapat di nafikan terdapat pelbagai jenama dan model yang memberikan specifikasi yang berbeza.

Untuk mendapat SSD yang tahan lama terketak pada DRAM Controller pada SSD tersebut.Kesimpulan yang mudah,apabila SSD mempunyai DRAM controller yang bagus,kemungkinan TBW atau jangka hayat SSD tersebut boleh bertahan lama dalam proses kekerapan I/O pada SSD tersebut.

Contoh bagiamana Controller DRAM yang beroperasi dalam menguruskan Data dalam NAND Flash

Table data daripada Huawei mengenai perbandingan antara DRAM less dan DRAM SSD

Apakah itu Hard-Disk ?


Gambar dalaman Mekanikal Hard Disk dan jugak SSD yang menggunakan NAND Flash Chipset

HDD ataupun Hard Disk Drive ialah teknologi yang telah lama dikenalkan oleh IBM semenjak 60 tahun yang lalu. HDD ini menggunakan teknologi magnetism untuk menulis,membaca dan menyimpan data.Secara mekanikalnya,ianya mempunyai "rotating platter" atau disc yang berpusing diatasnya. 

Rotating platter ini berpusing dengan sangat laju dan terdapat satu "Head reader" di atas disc."Head reader" inilah yang bantu HDD untuk membaca dan menulis data.

Performance HDD ini bergantung kepada kelajuan pusingan platter tersebut.Lebih laju pusingan, lebih bagus HDD tersebut dalam untuk membaca dan menulis data pada cakera magnetik.Purata pusingan HDD adalah 5700 RPM sehingga 7200 RPM

Rumusannya..

Oleh itu yang manakah terbaik ? Bergantung kepada untuk kegunaan semasa.

Unutk menggunakan aplikasi yang pantas dan boleh kemas kini semasa tanpa melibatkan risiko data semasa ,Shahril mengalakkkan menggunakan SSD.

Banyak di gunakan dalam sistem pengoperasian windows ,software-software produktiviti dan data-data kerja yang sementara.

Akan tetapi jika data storan yang di simpan besar dan untuk penyimpanan untuk satu jangkmasa yang panjang,Hard Disk mekanikal sesuai di gunakan.

Banyak di gunakan dalam penyimpananan data untuk jangmasa masa panjang seperti video,gambar ,rekod-rekod lama dan material yang penting yang hanya sekadar untuk penyimpanan sahaja.

Untuk daripada segi harga dan mobiliti, SSD lebih mahal dan kurang risko rosak jika terjatuh,SSD akan berisiko KO apabila berlaku short circuit yang membolehkan ianya Total Lost.Kurang menggunakan kuasa elektrik kerana menggunkaan chip.

Manakala untuk , HDD pula,murah sedikit dan berisko rosak jika terjatuh,kelamahan nya ianya lambat berbanding dengan SSD dan lebih perlukan perhatian untuk proses instalasi perkakasan.Lebih sikit menggunakan kuasa elektrik kerana menggunakan motor elektrik.



Your Impression

0 ulasan:

Catat Ulasan